UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Sabtu, 30 Januari 2010

MASA PANTAS BERLALU


Sekejapnya rasa masa dari hari Isnin sampai hari ini.  Hari ni sudah pun masuk hari keenam, hari Sabtu.  Jadi dah lebih empat hari la saya langsung tak menjengah ke Maya ni.  Benarlah seperti kata: masa berjalan dengan pantas, jika masa sudah lewat, ia dah tak boleh diganti baru.

Sejak dari hari Isnin itu lagi saya sudah mula memenuhi pesanan sepertimana yang dijadualkan.  Tetapi dengan keadaan cuaca yang hujan dan jalan-jalan pula jem, setiap hari saya sampai di rumah agak lewat juga, terutamanya pada dua hari yang terkemudian.  Bila keadaan jadi begitu, badan saya dah terlalu amat letih sangat.  Setelah pulang ke rumah, saya cepat-cepatlah membersihkan diri.  Selepas tu terus saja makan serta menyempurnakan kewajipan, dan kemudiannya lansung tidur saja la.

Sekarang ni saya tengah tunggu orang rumah bersiap untuk pergi menziarahi keluarga yang sedang dirawat di hospital.  Sambil tu, masuk la sekejap ke Maya ni .. :)

Isnin, 25 Januari 2010

BALIK KAMPUNG

Lama juga saya tak balik kampung.  Bila balik je macam-macam cerita yang tak berapa menggembirakan pula yang member dan saudara kat kampung beritahu.  Ada orang tu sakit, ada saudara dimasukkan ke hospital dan ada juga orang yang bergaduh kerana dihasut oleh pihak ketiga.

Ada masa tu sempat jugalah ziarah-ziarah saudara mara.  Tapi yang bergaduh tu tak berani pula nak bertanya kabar kerana isu dia orang masih panas lagi katanya.

Lepas tu sempat juga pergi membeli bahan-bahan makanan yang kakak pesan di Pekan Rabu.  Rupanya banyak juga harga barang yang dah naik.  Tapi dah hendak juga barang-barang tu, naik harga pun masih belilah.

Kemudian sempat juga singgah makan Mee Abu.  Tetapi, tak tahulah selera saya ke ape?  Mungkin juga rasanya dah lama diubah suai, kerana dah setahun juga saya tak makan di situ.  Apapun rasa makanan tu dah lain sangat pula, dan saya tak berapa berkenan dengan rasa tu.

Jumaat, 22 Januari 2010

JERAT LELAKI JAHAT

Seorang gadis menjadi habuan seks kepada sekumpulan lelaki yang memang sudah berniat jahat merancangkan segalanya sejak dari awal. Berita sebegini sudah menjadi satu episod yang sering kali berlaku. Tetapi peristiwa senada dan seirama seperti ini tidak berbekas juga kepada anak-anak gadis kita.

Saya petik berita sedih ini yang  disiarkan oleh Harian Metro:

Hasrat seorang gadis yang juga pelajar sebuah kolej swasta berusia 19 tahun untuk bertemu bakal mentuanya berkubur apabila dia menjadi mangsa pemuas nafsu sekumpulan empat lelaki diketuai teman lelakinya sendiri ketika berkunjung ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling di sini, Selasa lalu.

Lebih menyedihkan, mangsa diperlakukan seperti hamba seks dan diperkosa bergilir-gilir hampir 10 kali dalam tempoh lima jam.

Semuanya bermula kira-kira jam 11 malam apabila mangsa yang berada di rumahnya di sebuah pangsapuri di Jalan Jejaka, Cheras di sini, dihubungi teman lelakinya berusia awal 20-an menjemputnya keluar bersiar-siar .. mangsa dan teman lelakinya kemudian singgah makan di Tasik Permaisuri, Cheras.  Di gerai itu ada tiga lagi lelaki berusia lingkungan 20-an (kenalan teman lelakinya itu)  .. 

.. selesai makan, mangsa dipelawa ke rumah teman lelakinya untuk bertemu bakal ibu dan bapa mentuanya selain menolong mereka memindahkan barang ke rumah baru .. sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa terkejut apabila mendapati rumah terbabit kosong .. tetapi lelaki terbabit mendakwa orang tuanya mungkin sudah ke rumah baru mereka.

.. tiga rakan yang ditemui di restoran tiba di rumah berkenaan .. sebaik tiga rakan terbabit memasuki rumah berkenaan, teman lelaki mangsa mula menunjukkan taring apabila cuba menodai mangsa di hadapan rakannya.

.. Malah, mangsa juga dirogol teman lelakinya biarpun merayu dikasihani manakala tiga rakannya pula bersubahat dengan membantu memegang tangan dan kaki gadis berkenaan .. kumpulan terbabit kemudian merogol mangsa secara bergilir-gilir hampir 10 kali.

Mereka kemudian menghantar mangsa ke rumahnya kira-kira jam 7 pagi selepas teman lelakinya mengugut akan mencederakannya jika mendedahkan perkara itu kepada ahli keluarganya atau pihak berkuasa.

Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan ugutan itu apabila membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan di sini
Dari awal insiden sudah nampak jerat yang dipasang itu.  Pelawaan untuk berjumpa bakal mertua di waktu tengah malam sungguh tidak logik sama sekali.  Tetapi gadis itu menurut juga.  Seperti kata orang, bila menurut hati, diri sendiri juga yang rugi.  Menyesal kemudian tidak dapat mengembalikan maruah dirinya.  Hanya tindakan undang-undang yang berjaya mungkin dapat memberi sedikit penawar.

Harap-harap gadis-gadis lain di luar sana dapat mengambil iktibar dari peristiwa ini, dan mengambil sikap lebih bijaksana dan berhati-hati.

OKlah, kena chow pergi solat Jumaat dulu.

Selasa, 19 Januari 2010

LAGAK MEMBAWA PADAH

Tragedi seperti ini sering berlaku.  Gara-gara berlagak nak tunjuk kehebatan, diri sendiri yang menjadi korban.  Saya petik berita di bawah ini dari Harian Metro:

Pelancong Itali maut tergelincir di Telaga Tujuh

2010/01/19 LANGKAWI: Seorang warga Itali yang cuba menunjukkan kehebatan berjalan atas batu besar yang licin kepada teman wanitanya, maut selepas terjatuh di air terjun Telaga Tujuh, Pantai Kok, petang semalam.

Mangsa, Chiarani Andrea, 33, maut kerana pecah kepala dan perutnya dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu.

Dia dan teman wanitanya, Boniolo Erika, 32 juga berasal dari itali dikatakan tiba di pulau peranginan itu Khamis lalu untuk bercuti dan menginap di sebuah hotel di Pantai Tengah.
Berita ini adalah sebuah cerita sedih.  Tetapi ianya menarik dari segi pengajarannya kepada kita supaya sentiasa bersikap sederhana, tidak berlagak pandai, sebaliknya mesti selalu berhati-hati.

Isnin, 18 Januari 2010

MANA ADA ORANG MENGAKU!

Tiba-tiba tertarik pula dengan paparan berita terkini ni.  Saya petik dari akbar Utusan on-line:

Penuntut mengaku tak bersalah beri komen dalam Facebook
18/01/2010 12:35pm

PETALING JAYA 18 Jan. – Penuntut tahun satu Akademi Seni dan Warisan (Aswara), Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi komen pada laman web Facebook yang bersifat mengancam dengan niat mengganggu orang lain. - Utusan
Seingat saya, hampir tak ada orang akan mengaku bila mereka buat salah.  Jika semua orang yang buat salah tu mengaku mereka buat salah, bererti mereka benar-benar insaf dan takut kepada hukuman Allah.  Kalau gitu, amanlah dunia ni!

MASIH TERGAPAI MELAKAR BLOG

Susah juga rupanya untuk menghasilkan rupa bentuk blog yang sedap mata memandang.  Terima kasih banyak kepada abang Bujang @ rubbertapperz yang memberi pelbagai tips.  Tapi, saya ni tak berapa nak faham juga lagi.  Malah tak boleh ikut abang Bujang secara umum lagi.  Kena ambil masa sikit lagilah nampaknya.

Malah sebenarnya 'setting' saya pun ada yang tak betul lagi .. terkial-kial juga mencari di mana salahnya ni.  Pendek kata, dah letih jugalah.

Saya dah baca beberapa blog juga dan suka dengan kebanyakkannya.  Tapi ada banyak blog juga yang seperti 'setting' saya agaknya kerana tak boleh 'link' dan ikut.  Nanti saya cuba lagilah.  Insya Allah, usaha saya akan membuahkan hasil yang baik.

Ahad, 17 Januari 2010

HARI PERTAMA, AWAL KATA

Entah ini adalah baik untukku, belum lagi ku tahu.  Sebab itu diri ini ingin mencuba turut bersama di dunia Maya ini.  Semoga ada detik bahagia bersama di sini.  Setidak-tidaknya boleh berkongsi ide dan relaks minda.

Harap ada anda di luar sana sudi menjengah dan menerima saya apa adanya.