UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Khamis, 10 Februari 2011

PERUBAHAN SIKAP

Hari ini seorang Ketua Pengarah di sebuah jabatan kerajaan memberi saya cenderahati yang berupa sebuah kitab surah Yaasin dengan terjemahan dan juga Himpunan Doa Makbul.  Keduanya diikat dengan riben.  Tapi saya buka la untuk mengambil gambarnya.


Hairan juga di dalam hati di atas perubahan sikapnya.  Selama ini beliau merupakan seorang yang amat cerewet dengan segala bekalan yang dihantar.  Ada-ada saja komplennya.  Tetapi hari ini beliau berkelakuan berbeza.

Dalam hati terdetik juga, 'buang tebiat agaknya!'  Tapi mulut tu sekadar mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.  Saya tak mahu merosakkan keadaan pula.  Terima sajalah kebaikannya dengan hati yang terbuka.

8 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Orang boleh berubah kan? Bagi chance! Hehe.

    BalasPadam
  2. Salam Keri.
    Kekadang memang begitu. Cara dia mohon maaf barangkali.

    BalasPadam
  3. Salam Keri.
    Mungkin dia sudah insaf. Itu cara dia memohon kemaafan agaknya. Berilah dia kesempatan.

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Hmmm ... manusia kadang2 aneh! :)

    BalasPadam
  5. Salam Keri.
    Tiba2 insaf la! Haha.

    BalasPadam
  6. Salam Keri.
    Berilah dia kesempatan .. terimalah dengan baik.

    BalasPadam
  7. Salam Keri.
    Elok la terima dengan hati terbuka.

    BalasPadam
  8. Salam Keri.
    Beri peluang kepada mereka yang ingin berubah menjadi lebih baik.

    BalasPadam