UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Isnin, 21 Februari 2011

IBU JADI NYANYUK

Saya dan kakak rasa semakin sedih dengan perkembangan Mak, iaitu ibu angkat saya.  Sejak beberapa bulan kebelakangan ini Mak sepertinya sudah berada di dalam alam fantasi ciptaanya sendiri.  Nampak jelas beliau semakin bertambah nyanyuk.

Doktor mengesahkan bahawa perkembangan ini adalah kerana faktor usia.  Di samping itu perkembangan alam sekitar juga ada impaknya.

Memang umumnya kita semua tahu bahawa semakin lanjut usia seseorang, perkembangan tumbesaran akan menjadi terbalik.  Apabila melewati umur tua, insan akan balik ke alam kanak-kanak pula.

Mak sekarang sudah pun berusia lewat 80an.  Memang jelas beliau sudah sampai ke tahap ini.  Beliau mudah merajuk dan berlagak keanak-anakan.

Beberapa hari lepas kakak sudah tidak yakin Mak mempunyai rasional dewasa.  Kakak mengambil kunci pagar kecil untuk keluar rumah kerana takut Mak akan merayau keluar sendirian.

Ini adalah ekoran Mak sering keluar ke jalan luar dan berjalan tanpa tujuan tertentu.  Sudah beberapa kali juga Mak menghilang ketika dibawa keluar makan diluar dan mengambil angin di taman.  Jenuh juga kami semua mencari.

Bila ditanya Mak memberi beberapa versi alasan yang berubah-rubah ceritanya.  Umpamanya, ada masanya beliau katakan beliau mencari kawannya yang datang bersama dengannya; ada pula kerana beliau nak ke perhentian bas untuk balik rumah.

15 ulasan:

  1. Salam Keri.
    Kita jadi lebih insaf betapa kerdilnya insan!

    BalasPadam
  2. Salam Keri.
    Semoga Mak saudara baik-baik saja w/pun sudah nyanyuk. Amin.

    BalasPadam
  3. Aslmkm Abang.
    Makcaq tu sudah lanjut usia. Biasalah orang tua2.
    Mungkin juga ditambah dengan rasa sunyi kerana keadaan yang jauh berbeza dari kampung. Kan Makcaq suka berjalan pegi duk sembang2!

    BalasPadam
  4. Salam Keri.
    Bantu saja dengan cuba menjaganya dengan baik & berdoa yang terbaik ya.

    BalasPadam
  5. Salam Abang Keri.
    Ini ketentuanNYA. Sokong ibu dengan kasih sayang.

    BalasPadam
  6. Semuani dugaan Allah, sabar kah kita menjaga dan merawat. Semuanya dibalas pahala yang tak terkira besarnya.

    BalasPadam
  7. Aslmkm.
    Semuanya mesti bersebab. Sabar menempuh dugaan.
    Yakin saja yang tiap bakti ikhlas tetap dibalas baik. Insya Allah.

    BalasPadam
  8. Salam Keri.
    Semuanya adalah dengan izin Allah jua.
    Sabar la menghadapinya.
    Tahap iman pasti diuji kan?

    BalasPadam
  9. Salam Keri.
    Orang tua2 banyak yang begitu! Ujian kesabaran bagi yang muda!

    BalasPadam
  10. Salam Keri.
    Memang banyak jadi begitu. Sabar saja ya.

    BalasPadam
  11. semoga Allah memelihara dia dari sebarang mara bahaya akibat ingatan lemahnya.. insyaAllah

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum saudara Keri.
    Terima kasih hadir ke P@P.

    Saya turut sedih dengan apa yang menimpa mak saudara. Semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku kerana beliau selalu 'berjalan-jalan'.

    Semoga sihat dan ceria selalu.
    TQ

    BalasPadam
  13. Aslmkm.
    Begitu la ketentuanNYA.
    Ujian/dugaan untuk semua juga. Pastinya akan diberkati dengan ganjaran terbaik.

    BalasPadam
  14. Salam Keri.
    Saya ikut simpati.
    Benar kata kak G tu.

    BalasPadam
  15. Salam Keri.
    Berbaik-baik saja. Tentu diberkati.

    BalasPadam