UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Jumaat, 1 April 2011

FAKTA ANGIN GAS DARI PERUT

Hari ini tadi saya ikut duduk bercerita dengan pakar-pakar medikal dan sains.  Sebenarnya salah seorang dari mereka adalah anak buah saya sendiri.

Selepas membuat penghantaran bekalan tadi terserempak pula dengannya.  Kemudian beliau ajak pergi makan tengahari bersama.

Bila duduk makan dan minum dengan orang-orang intelek, kita pun ikut berlagak seperti orang pandai jugalah.  Tapi, memang tak berani sangat nak mengutarakan pandangan.

Dalam bercerita tu keluarlah kisah kempen menutup lampu selama sejam tu.  Macam-macam hujjah dibahaskan.

Tetapi saya tertarik dengan kenyataan mereka tentang fakta angin gas dari perut.  Kekadang fakta pun boleh menggelikan hati.

Kata mereka angin gas dari perut mempunyai impak serious kepada udara dan alam sekitar.  Umpamanya sendawa dan kentut dari haiwan peliharaan seperti lembu mengandungan gas 'methane' yang beracun.

Mengikut fakta yang mereka berikan, gas ini mempunyai kesan negatif terhadap kehijauan alam sekitar.  Seekor lembu saja boleh mengeluarkan sehingga melebihi 100 gelen gas 'methane' sehari.  Mengikut statistik pencemaran berpunca dari binatang ternakan ini hampir mencecah 20 peratus.

Memang kedengarannya lucu.  Kita seperti tidak percaya dan sentiasa mengambil ringan tentang hal ini.  Rupa-rupanya mereka mengancam persekitaran kita.

15 ulasan:

  1. Salam Keri.
    La ish3x!
    Gitu ka?
    Kalau kat rumah ramai yang selalu sendawa & lepas angin macam mana?
    Banyaknya gas beracun mencemari udara!

    BalasPadam
  2. Salam ziarah kenal.
    Lucu bunyi tu!

    BalasPadam
  3. SALAM,
    GELI HATI BILA DAPAT TAHU ANGIN PUS-PUS BOLEH BERI KESAN SERIUS TERHDP ALAM PERSEKITARAN. YANG LF TAHU, KESAN BAUNYA YG PERLUKAN SEMBURAN WANGIAN.

    BalasPadam
  4. Salam Keri.
    Hehe.
    Beracun betul la!

    BalasPadam
  5. Salam Keri.
    Busuknya menusuk hidung.
    Kesan jauh lebih buruk lagi rupanya ya?
    Ni bukan april fool kan?

    BalasPadam
  6. Aslmkm.
    Sudah terbukti begitu, satu fakta.
    Kita berusahalah membantu ke arah kebaikan.

    BalasPadam
  7. Salam Abang Keri.
    La ish3x
    Tapi menusuk hidung! Hik hihi

    BalasPadam
  8. Salam Keri.
    Yang busuk2 di dalam terpacul keluar mencemar alam sekeliliing!

    BalasPadam
  9. Salam kenal.
    Angin yang tidak disenangi.

    BalasPadam
  10. Salam Keri.
    Memang pencemaran!

    BalasPadam
  11. Aslmkm.
    Hehe .. memang lucu juga.
    Tapi benar rupanya!

    BalasPadam
  12. Salam Keri.
    Gitu ye? Hehe.
    Habis nak buat macam mana?

    BalasPadam
  13. Salam kepada semua.
    Terima kasih banyak di atas kunjungan & komen.
    Mohon maaf la.
    Akhir2 ni, saya sungguh bz .. tak dapat nak lepak lama2 sini.
    W/bagaimanapun, arini saya sudah dapat berkunjung balas kalian semua.

    BalasPadam