UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Rabu, 16 Mac 2011

TERIMALAH PETUNJUK

Pastinya majoriti warga dunia terkesan dengan tsunami di Jepun.  Sekarang bukan saja kita bersimpati dengan mangsa, kita juga gerun mendengar tentang kesannya ke atas pusat nuklear di sana.

Tiap sesuatu yang berlaku pastinya bersebab.  Mungkin juga kita tahu sebab sebenarnya, mungkin juga kita boleh menjangka dan mungkin juga banyak yang tak terfikir oleh kita.

Pada Jumaat lepas, bencana alam dimana gempa bumi sekuat ukuran 9.0 pada skala Richter telah menggegarkan utara Jepun.  Tsunami besar yang berlaku itu telah pun mengorbankan beribu-ribu nyawa.

Semalam  satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun.  Mengikut berita BERNAMA,  Jabatan Meteorologi Malaysia memberi kenyataan bahawa gempa bumi itu berpusat di 3,911 kilometer dari Timur Laut, Kudat di Sabah.

Walaupun ribuan kilometer jaraknya, kemungkinan tetap ada ia boleh impakkan Malaysia.  Tambahan pula zon gempa bumi tidak begitu jauh dari kita.

Pucuk pimpinan mesti akur bahawa segala kemungkinan itu tetap ada.  Terimalah ini sebagai petunjuk untuk berpegang kepada Hukum Illahi dalam memegang amanah rakyat.

12 ulasan:

  1. Salam Keri.
    Ya kita semua mesti muhasabah & memperbaiki diri masing2 & juga masyarakat seluruhnya!

    BalasPadam
  2. Salam Keri.
    Ya, tiap berlaku ada sebabnya.

    BalasPadam
  3. Salam Keri.
    Kita ikut terasa bahangnya.
    Belum lagi kita ada nuklear! Sure no clear!

    BalasPadam
  4. Salam Abang Keri.
    Suatu petunjuk!
    Supaya semnua insaf!

    BalasPadam
  5. Salam Keri.
    Semoga semua akan insaf akan hakikat ini.

    BalasPadam
  6. Aslmkm.
    Benar. Memang satu petunjuk.

    BalasPadam
  7. Salam Keri.
    Memang satu pengajaran. Mudah2an semua insaf!

    BalasPadam
  8. Salam Keri.
    Ya. Banyak petunjuk yang kita mesti peka!

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum.

    Sikap sombong sesetengah manusia, walau diberi pelbagai peringatan dan bala, tetap tidak mahu sedar dan tersedar.

    Kembali kepada Allah dengan menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan tegahanNya, insyaAllah akan selamat dunia akhirat.

    Semoga gempa dan tsunami di Jepun memberi kesedaran kepada kita semua betapa hebatnya kekuasaan Allah.

    TQ

    BalasPadam
  10. Aslmkm.
    Al Quran itu adalah sebesar-besar Petunjuk.
    Sementara segala yang diuji adalah dugaan & pengajaran buat kita.
    Ya kan?

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum.
    Salam ziarah.

    Semoga kita terus berpegang dengan al-quran dan assunnah, panduan dan pedoman umat Islam.
    Bersyukur negara kita setakat ini dalam keadaan baik dan selamat.

    TQ

    BalasPadam
  12. Salam kepada semua.
    Maaf la minggu ini terlebih bz.
    Terima kasih kerana masih sudi ke sini & meninggalkan komen.
    Saya juga sudah membuat kunjungan balas.

    BalasPadam