Bila umur semakin meningkat menuju separuh abad, badan mula rasa bisa-bisa sana sini. Bila berjalan banyak kaki rasa sakit; bila banyak mengangkat barang tangan rasa sakit.
Semalam semasa duduk makan tengahari, saya sempat bersembang dengan beberapa orang pekerja/pegawai pejabat yang kerja mereka adalah menguruskan hal pentadbiran di pejabat. Kata mereka, duduk lama-lama dalam pejabat pun membuat rasa lengoh-lengoh badan juga.
Semasa ke gym tempuhari, seorang instruktor berkata bahawa badan kita perlukan rutin pergerakan badan sekitar setengah jam sehari untuk kekal sihat dan juga untuk mengelakkan dari sakit-sakit badan serta mengawal berat badan.
Agaknya betul seperti kata orang-orang tua. 'Badan jangan dibiar berkarat, nanti datang penyakit berat!'
Saya ingat lagi kata arwah Ayah dulu. 'Kalau orang bandar, orang sosial mereka jaga badan dengan menari. Kalau orang kampung, mereka jaga badan dan jaga perut dengan berkebun.'
Untuk era sekarang, mungkin kita boleh melakukan kedua-duanya sekali. Pagi-pagi eloklah gerakkan badan dengan menari dan bersenam sendiri di rumah atau di taman rekreasi. Bila hari minggu bolehlah pula menjaga laman rumah dan berkebun.
Aslmkm.
BalasPadam:) Kekadang bila difikirkan, yg buruk ialah tabiat kita yg suka malasan. Ya tak?
Salam Keri.
BalasPadamPokoknya kena banyak aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota tubuh badan! :)
Salam Keri.
BalasPadamYa la .. elok buat sendiri .. tak perlu pegi gim pun .. menari sorang2 pun boleh! :)
Aslmkm.
BalasPadamJom menari, bersenam & riadah sendiri.
Salam Keri.
BalasPadamYa ya.
Berkebun dulu .. bila rasa boring, menari la pula!
Hentam saja .. bukan orang tahu.