Rupanya bercerai hidup amat berlainan tekanannya. Bila bercerai mati, tak ada dengar cerita yang tidak enak mengenai pasangan dan diri kita. Tetapi bila bercerai hidup ni, bermacam-macam cerita pula terdengar.
Walaubagaimanapun saya sudah pasrah. Biarlah sebelah pihak bekas isteri membuat berbagai cerita dan andaian. Seperti nasihat kakak saya, "Allah SWT Maha Tahu & Maha Esa; Tuhan satu saja."
Saya seboleh-bolehnya tidak mahu mengikut rentak bekas isteri. Cuma bila ada orang bertanya bersabit dengan cerita dan andaian itu, saya jadi serba salah antara nak memberi komen ataupun tidak. Bila kita senyum dan jawap, "no comment," mereka tak puas hati.
Namun memang betul seperti kata kakak bahawa kita tak boleh ikut rentak orang. Sampai bila pun kita tidak akan dapat meyakinkan orang, apatah lagi memuaskan hati semua orang.
Dalam pada itu, ramai juga menyarankan supaya saya segera berkahwin semula. Entahlah, berat juga rasanya buat masa sekarang ni.
Saya masih terlalu amat kecewa kerana saya sudah sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan saya itu. Satu-satunya kelemahan saya ialah saya suka mengalah. Tetapi apabila keadaan menjadi tidak terkawal, saya terpaksalah bersuara. Sejak itulah bermulanya kehancuran dalam rumahtangga kami.
Apabila bercerai atas tuntutan isteri, rupanya keperitan terus hadir juga dalam kehidupan saya. Namun saya sedang berusaha bersungguh-sunggh untuk mengatasi perasaan kecewa ini.
Salam Keri.
BalasPadamDugaan datang & pergi. Sabar sajalah.
Insya Allah besar hikmahnya nanti.
insyaallah Allah akan sentiasa bersama kita klu niat kita itu betul.. :)
BalasPadamAslmkm.
BalasPadamTiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.
Jangan dilayan perasaan putus asa & kecewa. Penuhi masa dengan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT & mengutuhkan iman.
Insya Allah, SELAMAT & BAHAGIA.
Salam Keri.
BalasPadamJodoh pertemuan, ajal maut adalah ketentuan Illahi.
Biar apa pun orang kata, yang penting Allah SWT ada.
Salam Keri.
BalasPadamBerbanyak sabar ya.
Ada hikmahnya!
Salam Keri.
BalasPadamHidup memang begitu. Sabar saja Keri. Tentu ada hikmah yang baik disebalik semuanya!
Aslmkm.
BalasPadamBid tolong doakan semoga segera mengatasi segalanya ya!
Salam Abang Keri.
BalasPadamSaya juga ikut mendoakan semoga semua awan mendung segera berlalu. Banyak2 bersabar ya.
Salam Keri.
BalasPadamDugaan datang pelbagai macam & rupa.
Anggap macam nyamuk malam saja. Bila guna ubat nyamuk, nyamuk pun lari la!
Aslmkm.
BalasPadamSemoga cepat bertemu jodoh baru yang jauh lebih baik. Amin.
Salam kepada semua.
BalasPadamTerima kasih di atas sokongan moral.
Saya amat hargai.
Salam Keri.
BalasPadamTiap yang di duga ada ganjarannya.
Insya Allah banyak kebaikannya ya.
salam saudara keri,
BalasPadamjgn dilayan apa yg org kata, kelak kita yg hilang haluan.
"The past is behind, learn from it. The future is ahead, prepare for it. The present is here, live it."
Salam Keri.
BalasPadamSabar & tabah ya. Ada hikmahnya.