Hari ini tadi saya ikut duduk bercerita dengan pakar-pakar medikal dan sains. Sebenarnya salah seorang dari mereka adalah anak buah saya sendiri.
Selepas membuat penghantaran bekalan tadi terserempak pula dengannya. Kemudian beliau ajak pergi makan tengahari bersama.
Bila duduk makan dan minum dengan orang-orang intelek, kita pun ikut berlagak seperti orang pandai jugalah. Tapi, memang tak berani sangat nak mengutarakan pandangan.
Dalam bercerita tu keluarlah kisah kempen menutup lampu selama sejam tu. Macam-macam hujjah dibahaskan.
Tetapi saya tertarik dengan kenyataan mereka tentang fakta angin gas dari perut. Kekadang fakta pun boleh menggelikan hati.
Kata mereka angin gas dari perut mempunyai impak serious kepada udara dan alam sekitar. Umpamanya sendawa dan kentut dari haiwan peliharaan seperti lembu mengandungan gas 'methane' yang beracun.
Mengikut fakta yang mereka berikan, gas ini mempunyai kesan negatif terhadap kehijauan alam sekitar. Seekor lembu saja boleh mengeluarkan sehingga melebihi 100 gelen gas 'methane' sehari. Mengikut statistik pencemaran berpunca dari binatang ternakan ini hampir mencecah 20 peratus.
Memang kedengarannya lucu. Kita seperti tidak percaya dan sentiasa mengambil ringan tentang hal ini. Rupa-rupanya mereka mengancam persekitaran kita.