UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Jumaat, 24 Disember 2010

BELIMBING BULUH SEBAGAI PENAWAR

Rupanya belimbing buluh yang tak seberapa harganya itu adalah penawar kepada beberapa masaalah kesihatan.  Malam ini barulah saya tahu.
Gambar Belimbing Buluh

Sewaktu makan malam sekejap tadi kakak paksa saya makan buah belimbing buluh muda yang dihidang sebagai ulam. Terperanjat juga dibuatnya sebab selama ini selalunya belimbing ini dimasak bersama kari ikan atau dibuat masak lemak.  Oleh kerana didesak kakak dan malas membantah cakapnya saya makan juga la lima biji yang sedang besar.

Selesai makan baru kakak beritahu bahawa belimbing buluh ini adalah baik untuk mengatasi  masaalah kesihatan saya.  Sejak beberapa bulan lepas, tekanan darah saya sudah berat ke tahap yang berisiko tinggi.  Saya juga sering sakit kepala.  Kebetulan juga sejak petang tadi kepala terasa amat sakit.

Kata kakak belimbing buluh ini baik untuk mengubati penyakit darah tinggi, sakit kepala, kencing manis dan juga batuk.  Sekurang-kurangnya malam ini saya yakin ia menghilangkan rasa sakit kepala.

Mengikut kata kakak saya, jika tak suka dimakan begitu saja, kita boleh buat jus.  Tetapi sebaik-baiknya biarlah sebagai puree.

13 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Ya, betul tu!
    Amalkan secara berhemah ya.

    BalasPadam
  2. Salam Keri.
    Gitu ya?
    Masam sangat la .. nanti nak cuba buat jus!
    TQ 4 sharing.

    BalasPadam
  3. Salam Keri.
    Perkongsian yang baik.
    Yakin percaya, esply selepas kak G dah endorse ni! Hehe.

    BalasPadam
  4. Salam Abang Keri.
    Buat kerabu pun sedap. Semua zat masuk dalam badan tu .. tebtu baik kan?

    BalasPadam
  5. Aslmkm Abang.
    Ada kordial dijual sekarang .. tapi memang elok buat sendiri makan fresh.

    BalasPadam
  6. Salam Keri.
    Gitu ke?
    Saya nak cuba la ..ada juga masaalah kesihatan sikit ala tu!
    Tqvm.

    BalasPadam
  7. Salam Keri.
    Memang begitu.
    Tapi kalau terlebih makan nanti sakit perut .. lain pulak jadinya!

    BalasPadam
  8. Aslmkm.
    Ish kecur liur dibuatnya!

    BalasPadam
  9. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS MAKLUMAT INI. AKAN CUBA !

    BalasPadam
  10. Salam Keri.
    Hmm .. nak cuba juga la!

    BalasPadam
  11. Salam Keri.
    Aduh .. kecur liur la!

    BalasPadam
  12. Salam sekali lagi.
    :) Saja datang lagi ni.
    Tadi baca N3 Datin Dr Fauziah .. ada resipi kerabu belimbing buluh ni.
    Tu teringat semalam baca N3 U ni. :)

    BalasPadam
  13. Salam & hi semua.
    Terima kasih banyak di atas kunjungan. Saya amat hargai.
    Saya juga sudah kunjung balas.
    Sudikan ke sini lagi ya. Tq.

    BalasPadam