Badan rasa sudah amat letih dan mata pun sudah ngantuk benar. Tapi kuat pula keinginan nak buat N3 juga malam ni. :)
Sebenarnya saja nak cerita pasal cerita lawak jakun saya. Hari inilah baru pertama kali saya makan 'Turkish delights' atau apa yang dikatakan adalah kueh tradisi Turkey. Saudara abang ipar bawa balik dari London dan memberikannya sebagai ole-ole. Lihatlah hidangannya di gambar bawah ini.
Bila disuruh makan saya terus ambil seketul masuk ke dalam mulut. Sekali pepak (gigit) saja, rasa manisnya yang tidak terhingga. Nak diluahkan ramai ahli keluarga lain tengah makan. Nanti meloyakan mereka pula.
Aduh, kunyah dua kali terus telan sajalah. Kemudian terus minta diri nak ke bilik air. Habis muntah balik semuanya!
Memang kueh ini nampak menarik juga kerana berwarna-warni. Sekali pandang seperti halua maskat kita; seperti 'coconut candy' pun ada juga. Tekturnya liat ala-ala dodol. Mengikut kata kakak, semuanya berperisa buah-buahan.
Bagi saya kueh ini tak adalah sedap pun. Cuma ada kelainan. Saya tertarik kerana pertama kali lihat dan jelas bukan makanan kita. Tetapi apabila makan satu, rasa sudah tak hendak lagi.
Aslmkm Abang.
BalasPadamBak la sikit kueh ni.
Nak juga rasa!
Tak sedap bagi abang, tapi mungkin banyak orang lain suka!
Salam Keri.
BalasPadamCantik nampak kueh ni .. cantik lagi pinggannya! Hehe.
Saya 1st time tengok sebenarnya. Macam kueh gula kering ya?
Salam Keri.
BalasPadamHmmm menawan juga ni!
Rupanya tak enak sangat ya?
Ada makna ke?
Salam Keri.
BalasPadamHmmm .. tak pernah dengar & tak pernah tengok.
So belum pernah makan la!
Kalau setakad rupa cantik, tak payah la ya? Hehe.
Salam Keri.
BalasPadamIsh cantik ruper sajer!
Ada mesej disebaliknya ke?
Salam semua.
BalasPadamTerima kasih ya.
Saya sudah mengunjungi semua juga .. dua jam la bcoz internet punya merangkak! :)
Aslmkm.
BalasPadamYang cantik tak semestinya baik. :)
Salam Keri.
BalasPadamAda orang kata sedap.
Agaknya pasal selera kita semua lain2 la.
Salam Keri.
BalasPadamMemang ya, nampak cantik.
Mungkin Keri tak suka, tapi ada yang suka.
Sebelum komen lebih lanjut kena tunggu sampai saya pun rasa la! Hahaha.