UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Isnin, 6 Disember 2010

KHASIAT MENGKUDU

Sementelah terjaga dari tidur, elok juga buat N3 baru.  Hari ini saya nak berkongsi pasal khasiat mengkudu pula.

Kakak selalu juga buat jus mengkudu.  Sekarang apabila duduk dengan kakak saya sering juga minum jus mengkudu la.  Rasanya memang tidak berapa enak.  Tetapi minum jugalah kerana terbukti mujarab.

Sebelum bercerita pasal khasiat mengkudu, lihatlah dulu rupa mengkudu seperti di dalam gambar di bawah.  Ini gambar pokok kakak saya.
Pokok Mengkudu Kakak

Saya mula minum air mengkudu secara berkala sejak setahun lalu setelah tekanan darah saya dikesan melewati batas selamat.  Selalunya saya minum seminggu sekali di rumah kakak saya.  Alhamdulillah, tekanan darah saya sudah turun dan sekarang kembali normal.

Mengikut petua orang tua, buah mengkudu baik untuk kesihatan badan.  Antara kebaikannya ialah mengkudu bantu mencernakan darah dan meredakan tekanan darah tinggi.  Selain dari itu, mengkudu bantu mengubati penyakit kencing manis dan masaalah buah pinggang.  Ada lagi kebaikan lainnya seperti membantu meredakan senggugut dan arthritis.

Kata kakak, daunnya adalah baik sebagai awet muda.  Sementara itu bunganya juga baik untuk mata.

Setakad ini belum dengar lagi mengenai kesan sampingan.  Cuma mengikut petua, kita tak boleh juga mengamal makan secara berlebihan kerana nanti darah boleh naik ke otak.  Maksudnya pencernaan darah melampau boleh membahayakan.

Buah, daun dan bunga mengkudu biasanya direbus dahulu.  Air didihan pertama mesti dibuang.  Kemudian baru direbus semula hingga lembut.  Buah dan airnya boleh dikisar menjadi jus.  Sementara daun dan bunganya boleh dimakan sebagai ulam.

Ada juga orang menggunakan daun untuk buat nasi ulam atau masak otak-otak dan botok-botok.  Kakak ada sebut, jika makan begini mestilah berpada kerana bahan toksidnya yang tidak dibuang mungkin akan membuat perut sakit menyucuk dan rasa tersumbat.

8 ulasan:

  1. Salam Keri.
    Info & sharing yang baik.
    Mudah2an banyak mendapat kebajikan.

    BalasPadam
  2. Salam Keri.
    Banyak orang tak tahan bau mengkudu tu!
    Terima kasih banyak ya.

    BalasPadam
  3. Salam Maal Hijrah.
    Perkongsian yang baik. Tq.

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Mengkudu memang berkhasiat, tetapi ada orang tak suka kerana rasa pahit & baunya.

    BalasPadam
  5. Salam Maal Hijrah.
    Selagi usia masih di sisi, peluang terbuka luas untuk kita semua perbaiki diri.
    Sama2lah kita mencari keredhaan Illahi.
    Semoga tahun ini memberi rahmat yang jauh lebih baik. Amin.

    BalasPadam
  6. Salam kepada semua rakan yang berkunjung.
    Terima kasih banyak ya.
    Saya sudah pun berkunjung kembali semua.

    BalasPadam
  7. Salam Keri.
    Good sharing. Info baik. Tq ya.

    BalasPadam