UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Selasa, 30 November 2010

SETAWAR JUGA PENAWAR

Tadi kakak bercerita bahawa seorang saudara kami sedang mengalami penyakit buasir kronik.  Saudara ini sudah pun berada di tahap 4 iaitu dimana darah pekat keluar dari duburnya.

Dengan kata lain saudara kami ini sudah ditahap merbahaya.  Beliau susah untuk meneran kerana buasir berada di luar kawasan dubur.  Nau'u zubillahu min zaliq.  Seram pula mendengarnya.

Saya ingat Mak dan nenek dulu sentiasa ingatkan supaya menjaga sistem penghadzaman dan pembuangan najis.  Antara makanan yang sentiasa disuruh makan ialah betik dan pisang.

Juga mereka nasihatkan supaya tidak meneran jika susah membuang air besar, serta jangan amalkan duduk mencangkung lama-lama.  Jika sudah mengalami masaalah susah membuang najis, terutamanya air besar, mereka nasihatkan supaya cepat-cepat ubati dengan memakan setawar.

Pokok Setawar Kakak

Setawar ini merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai banyak air.   Daun setawar ini dipercayai mengandungi banyak kandungan bahan-bahan berkhasiat.  Elemen atau bahan dalam daun setawar mudah larut dalam air dan juga membentuk larutan seakan sabun.  Selain itu ia mengadungi khasiat yang boleh melembutkan najis.  Oleh sebab itulah setawar ini digunakan untuk merawat penyakit buasir.

Setahu saya ada pelbagai jenis setawar.  Antara yang popular dimanafaatkan khasiatnya adalah setawar seperti gambar di atas yang kakak saya ikut tanam dan juga setawar putih.

10 ulasan:

  1. hai..i'm ur new follower..
    nice blog!

    Latest Entry:
    http://danieldeadie.blogspot.com/2010/11/berjimba-di-kota-keriangan.html

    BalasPadam
  2. dulu saya penah simpan daun nie dalam buku...biar lama2 pastu dia tumbuh akar...

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Ya ini penawar orang kampung ... berubat secara tradisional. Tapi berkesan!

    BalasPadam
  4. Salam Adie, GK & Kak G.
    TQ ya.
    Saya dah ziarah kembali.

    BalasPadam
  5. Salam Keri.
    Perkongsian yang baik.
    Saya pun baru tahu, setawar baik untuk buasir.
    Terima kasih ya!

    BalasPadam
  6. Salam Keri.
    TQ ya kerana berkongsi pengetahuan.

    BalasPadam
  7. Aslmkm.
    Kat tempat Bid ramai buat campuran dengan bedak sejuk

    BalasPadam
  8. Salam Keri.
    Infomasi menarik & perkongsian yg baik! Tq.

    BalasPadam
  9. Salam Keri.
    Satu lagi informasi yang berguna.
    Good sharing!

    BalasPadam
  10. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INFO

    BalasPadam