UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Sabtu, 13 November 2010

IBADAH KORBAN

Mula kakak sekeluarga dan saya berhasrat nak balik kampung untuk menyempurnakan korban.  Tetapi dengan musibah banjir di utara sana, tentu sukar bagi pihak yang menguruskan hal ini untuk meneruskan acara ibadah korban ini.

Akhirnya kita orang mengambil keputusan untuk ikut 'join' pengurusan masjid kawasan perumahan kakak saja.  Suasananya tentulah berbeza kerana di sini tak ada acara kenduri kendara.

Malah mengikut kakak, upacara sembelih akan diadakan di tempat lain kerana kawasan lapang di luar masjid adalah amat terhad.  Hanya daging bahagian mereka yang membuat korban saja yang akan diedarkan di masjid.

Benarlah kata orang, lain padang lain belalang.  Jadi terima sajalah dengan redha.

6 ulasan:

  1. Salam Keri.
    Yang penting .. ibadahnya diterima!

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Ya benar tu. Asal bertepatan dengan hukum Islam, apa pun boleh la kan?

    BalasPadam
  3. Salam Keri.
    Ibadah baik di mana2 pun diterima.

    BalasPadam
  4. Salam Abang Keri.
    Selamat malakukan ibadah korban.
    Selamat Hari Raya Aidiladha juga.

    BalasPadam
  5. Salam Keri.
    Ibadah korban boleh dilakukan dimana-mana .. tapi mesti bertepatan hari!

    BalasPadam
  6. Salam Keri.
    Ibadah dengan nawaitu yg betul & ikhlas pasti diterima.

    BalasPadam