UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Jumaat, 5 November 2010

TUKAR RANCANGAN

Mengikut rancangan awal tu besok saya akan balik bercuti ke kampung bersama kakak sekeluarga.  Tetapi di utara sana sekarang sedang gawat dengan bencana banjir.

Dengarnya banyak jalan dan kawasan yang dinaiki air hingga ke tahap merbahaya.  Malah katanya ada tempat-tempat di tepi sungai dan peparit yang airnya naik sampai hampir ke bumbung rumah.

Saya ingat lagi tragedi banjir buruk pada tahun 2005 dulu.  Ketika itu arwah isteri saya masih hidup lagi.  Malah bermula dengan musibah itulah arwah dijangkiti penyakit yang dikatakan sebagai barah kulit.  Penyakit ini menambahkan stres, dan penyakit jantungnya pula semakin teruk.  Semuanya itu dihidapi sampai membawa kepada ajalnya.

Mengikut kabar dari abang arwah isteri yang duduk berjiranan dengan rumah kami itu, rumahnya sendiri ditenggelami air hingga mencecah ke alang atap rumah.  Mereka kini semuanya sudah dipindahkan dan di tempatkan di sekolah yang dijadikan markas mangsa-mangsa banjir berlindung sementara.

Oleh kerana keadaan itu, kita orang terpaksa menukar rancangan.  Mulanya kata abang ipar kita pergi bercuti ke sebelah pantai timur.  Tetapi setelah mendapat pandangan ramai, tak jadi juga sebab takut terperangkap banjir di sana pulak nanti.

Akhirnya kami bercadang nak menjejak saudara di Melaka saja.  Sekurang-kurangnya tidak ada ancaman berat cuaca.  Kalau sekadar hujan lebat dan banjir kilat di jalan-jalan tertentu, risikonya tidak tinggi.

8 ulasan:

  1. Salam Keri.
    Simpati kepada mangsa2.
    Kadang2 gitu la .. terpaksa tukar rancangan dalam suasana yg seperti ini.
    By d way nak tanya sikit la. Sorry a bit personal.
    Ur sejarah hidup menyedihkan ya. So ur first wife meninggal. Yg bercerai ur 2nd wife lepas 1st meninggal tu kira baru kawin juga lagi kan? Naper dalam masa masih singkat dia sudah tidak mahu meneruskan perkahwinan lagi?

    BalasPadam
  2. Salam Keri.
    Di mana kampung, Kedah ke Perlis?
    Memang teruk nampaknya!
    Semoga mangsa tabah menghadapi musibah ini.
    Keri sabar juga ya!

    BalasPadam
  3. Salam Keri.
    Banjir tahun adalah lebih teruk dengar ceritanya.
    Semoga mangsa tabah menghadapinya.

    BalasPadam
  4. Salam Keri.
    Kita bantu dengan doa juga.

    BalasPadam
  5. Salam Keri.
    Nampaknya banjir terburuk tahun ni!

    BalasPadam
  6. Salam semuanya.
    Terima kasih banyak ya.
    Saya sudah ziarah balas semua.

    BalasPadam
  7. Salam Keri.
    Berjayakah menjejak saudara di Melaka tu?

    BalasPadam
  8. Aslmkm.
    Kekadang yg ad hoc pun menyeronokkan. Ya kan? :)

    BalasPadam