UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Selasa, 23 November 2010

MAKAN BETIK

Hari ini saya berjumpa kawan lama yang kebetulan seorang doktor.  Oleh kerana sudah lama tidak bertemu, kami langsung bersetuju untuk makan tengahari bersama.  Beliau yang belanja saya makan di sebuah restoran terkemuka.

Sambil makan tu beliau sambil bercerita tentang zat-zat makanan.  Maklum sajalah beliau seorang doktor.  Saya ingin kongsikan apa yang beliau beritahu tentang buah betik.

Kebetulan, pemanis mulut kami ialah buah-buahan yang termasuk buah betik.  Teruja dengan penerangannya, saya singgah di pasar Chow Kit dan membeli enam biji betik untuk dibawa balik.

Buah Betik Yang Saya Beli

Kita memang tahu buah betik atau papaya ini mengandungi vitamin C.  Tahapnya saja mungkin ramai tidak tahu.  Katanya buah betik mengandungi dua kali ganda vitamin C jika dibandingkan dengan buah orange. Mengikut kawan saya ini, bagi sekitar 300 gram buah betik, ia mengandungi 200 miligram vitamin C.  Kandungan vitamin C yang tinggi memang diperlukan oleh badan kita untuk kesihatan yang baik

Selain mengandungi vitamin C, betik juga mengandungi kalium dan magnesium yang amat tinggi.  Ianya juga mengandungi zat lain seperti karotena dan flavonoid.  Semua ini berperanan untuk memecah serat makanan sisa.  Jadi kita mudah membuang air besar.

Betik juga baik untuk mengubati usus yang luka serta bantu mengurangkan suhu panas badan.  Ianya baik untuk menjaga hempedu kita.

12 ulasan:

  1. SALAM,
    BAGUS INFO N3 INI. TERIMA KASIH

    BalasPadam
  2. Salam Keri.
    Perkongsian yang baik.
    TQ.

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Alhamdulillah, baik sekali.
    Memang betik baik untuk usus ... cuma Kak G tak makan sangat sebab terlalu lawas ... makan jer kena buang! :)

    BalasPadam
  4. Salam Keri.
    Memang perkongsian amat baik ni! TQ.

    BalasPadam
  5. Salam Keri.
    Caya sekali.
    Memang banyak khasiatnya.

    BalasPadam
  6. Aslmkm.
    Makanan orang kampung memang cukup khasiat! Hehe.
    Semoga ramai dapat info ini.

    BalasPadam
  7. Salam semua yang sudi bertandang.
    Terima kasih bbyk ya. Jika berkesempatan, singgah la lagi.
    Alhamdulillah, saya sudah berkunjung balas.

    BalasPadam
  8. oo ye ke...cik su memang suke makan betik..
    tapi duyk asrama ni susah sangat nak jumpe betik...huhuh

    BalasPadam
  9. Salam Keri.
    Memang berkhasiat betik ni!
    Katanya biji & daun pun baik untuk kita!

    BalasPadam
  10. Salam Keri.
    Betik amat berkhasiat .. harga pun murah! Kan best! :)

    BalasPadam
  11. Salam Keri.
    Perkongsian yang baik!

    BalasPadam
  12. Salam Keri.
    Betik memang tinggi khasiatnya .. semua ada nilai - buahnya, biji, daun, malah akarnya!
    Tapi kalau amalkan makan buah betik pun sudah cukup baik untuk badan kita.

    BalasPadam