Alhamdulillah, hari ini sekali lagi kita menyambut Maulidur Rasul iaitu hari kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Sebagai tanda kasih kepada baginda, eloklah kita melakukan sesuatu yang dapat membuktikan tanda kasih kita itu.
Setiap hari kita berikrar, 'Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah Rasul Allah.' Allah SWT menyeru supaya kita wajip menjunjung kasih terhadap Rasul Allah SAW. Kita tiada pilihan untuk ketaatan ini jika kita beriman.
Sebagai mengingati hari keputeraan Baginda hari ini, tentu amat baik jika kita melakukan ibadah yang akan sentiasa lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan Baginda Rasulullah SAW. Di antara ibadah terbaik ialah dengan memperbanyakkan Zikrullah, Salawatul Nabi serta bersedekah dan amal jariah.
Salam Keri.
BalasPadamSelawat & salam ke atas Baginda.
Aslmkm Abang.
BalasPadamSebesar selawat & salam ke atas Nabi saw.
Abang, kalo tak pi mana, mai la ghumah!
Salam Keri.
BalasPadamYa, kita tingkatkan berselawat ke atas Baginda & keluarga.
Salam Keri.
BalasPadamElok juga amal dengan selawat secara berterusan.
Salam Abang Keri.
BalasPadamSudah boleh buat N3 baru! Hehe.
Selawat ke atas Nabi SAW.
Salam Keri.
BalasPadamSelawat & salam berterusan sepanjang hayat ke atas Rasulullah SAW.
Salam ziarah.
BalasPadamSalam 2 Ram, Cik & Asan. Juga salam untuk Nori, Roha, Sitija & Kakiah.
BalasPadamTerima kasih semua ya.
Jangan serik untuk datang lagi.