UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Khamis, 3 Februari 2011

RAKYAT MALAYSIA DI MESIR SELAMAT

Syukurlah semua warganegara Malaysia, termasuk penuntut kita di Mesir sana semuanya berada di dalam keadaan selamat.  Tetapi mengikut berita terkini, keadaan atau suasana di sana pula semakin meruncing.

Semalam CEO AirAsia memberi komitmen untuk mengeluarkan warga Malaysia di Mesir dengan khidmat penerbangan AirAsia sendiri.  Kita sebagai rakyat biasa merasa bangga dan kagum dengan tahap kewajipan sosial yang tinggi oleh tokoh koporat ini.

Hari ini selepas desakan memuncak, akhirnya kerajaan bersetuju mengambil tindakan.  Sumber berita Bernama mengatakan bahawa kerajaan bersetuju untuk menghantar tiga buah kapal terbang tentera bagi usaha mengeluarkan rakyat kita dari Mesir.

Mengikut sumber ini juga, petugas pesawat tentera akan melakukan operasi terus menerus selama 24 jam untuk membawa keluar seramai anggaran 14,000 orang rakyat Malaysia kita.  Kedua-dua syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia juga turut menjalankan operasi untuk membawa keluar warganegara kita dari Mesir.

10 ulasan:

  1. Salam Abang Keri.
    Ya, sekurang-kurangnya kita tahu usaha sedang giat dijalankan.

    BalasPadam
  2. Salam Keri.
    Dengarnya semua baik2 saja. Trauma je le mungkin!

    BalasPadam
  3. Salam Keri.
    Usaha baru bermula. Ramai dah trauma.
    Moga2 tidak terlambat.

    BalasPadam
  4. Salam Keri.
    Misi mengangkut dah bermula.
    Kita di sini bantu dengan doa pula.

    BalasPadam
  5. Salam Keri.
    Nampaknya terpaksa akur dengan desakan.
    Rakyat kita di sana sedang trauma, tapi keadaan terkawal katanya.

    BalasPadam
  6. Aslmkm.
    Kita prihatin & mendoakan yang terbaik. Mudah2an mereka akan dapat mengatasi trauma itu secepat mungkin.

    BalasPadam
  7. Aslmkm Abang.
    Lama tak datang rumah .. seronok duduk rumah kak kan?

    BalasPadam
  8. Salam Keri.
    Ramai amat trauma. Tapi kelihatannya semua selamat.

    BalasPadam
  9. Salam Keri.
    Insya Allah semua selamat.

    BalasPadam
  10. Salam kepada semua rakan yang berkunjung.
    Terima kasih banyak ya.
    Saya terputus hubungan pula. Line teruk la. Jadi minta maaf kerana saya tak sempat berkunjung balik lebih awal. Ini, alhamdulillah saya sudah pun berbuat demikian.
    Jangan marah & serik ya. Anda sekelian memberi suasana bahagia buat saya.
    Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam