Rupanya belimbing buluh yang tak seberapa harganya itu adalah penawar kepada beberapa masaalah kesihatan. Malam ini barulah saya tahu.

Gambar Belimbing Buluh
Sewaktu makan malam sekejap tadi kakak paksa saya makan buah belimbing buluh muda yang dihidang sebagai ulam. Terperanjat juga dibuatnya sebab selama ini selalunya belimbing ini dimasak bersama kari ikan atau dibuat masak lemak. Oleh kerana didesak kakak dan malas membantah cakapnya saya makan juga la lima biji yang sedang besar.
Selesai makan baru kakak beritahu bahawa belimbing buluh ini adalah baik untuk mengatasi masaalah kesihatan saya. Sejak beberapa bulan lepas, tekanan darah saya sudah berat ke tahap yang berisiko tinggi. Saya juga sering sakit kepala. Kebetulan juga sejak petang tadi kepala terasa amat sakit.
Kata kakak belimbing buluh ini baik untuk mengubati penyakit darah tinggi, sakit kepala, kencing manis dan juga batuk. Sekurang-kurangnya malam ini saya yakin ia menghilangkan rasa sakit kepala.
Mengikut kata kakak saya, jika tak suka dimakan begitu saja, kita boleh buat jus. Tetapi sebaik-baiknya biarlah sebagai puree.
Mengikut kata kakak saya, jika tak suka dimakan begitu saja, kita boleh buat jus. Tetapi sebaik-baiknya biarlah sebagai puree.