UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Isnin, 26 April 2010

TAK CUKUP SOKONGAN

Seharian juga saya dan isteri di Hulu Selangor, sementelah di jemput bersama-sama makan di rumah kawan.  Sebenarnya, keluarga itu adalah kawan rapat adik sepupu saya yang juga berada di sana.

Seronok jugalah berjumpa dengan orang se kampung.  Tak juga betul-betul sekampung, tapi, kami semua berasal dari kawasan yang sama iaitu Alor Setar.  Jadi selera makan dan sebagainya pun memang ada banyak persamaan.

Lagi pula semalam tu katanya adik sepupu saya yang menerajui dalam urusan menyediakan makanan.  Jadi ada gulai rebung ayam, daging bakar cicah air asam, sambal udang petai, pajri terung, kerabu tauqey, ikan masin goreng dan ulam-ulam.  Lepas ada bubur kacang campur jagung, karipap dan agar-agar untuk makan petang.  Pendeknya 'kenyang sampai ke temolok' kata orang utara.

Walaubagaimanapun, saya sedih kerana Dato' Zaid kalah disebabkan tidak mendapat cukup sokongan.  Ramai yang tidak menyokong BN pun masih memilih untuk pangkah BN juga.  Begitulah kuasa wang dan kedudukan.  Rasuah dan langkah rakus secara terang-terangan pun direstui juga.  Dunia!!!

11 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Sudah begitu janjinya. Tentu Allah berikan yg lebih nanti kepada Dato Zaid tu, kita doakan, amin.

    BalasPadam
  2. Salam.
    Benar tu. Insya Allah, tunggu saja. Ada PRU13 nnti.

    BalasPadam
  3. ketentuan Allah
    ada hikmah yang tersembunyi

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Wah ni lg best! Kak G suka sgt gulai rebung & daging bakar tu ... kalau lidah ka bina susu, bakar garing tp basah2 di dalam ... lg terangkat nho?
    Kita turut doakan yg terbaik utk Dato' Zaid, amin.

    BalasPadam
  5. Salam.
    Hehehe .. kasihan ya .. tak apa kalah bermaruah!

    BalasPadam
  6. Salam.
    Biarlah yg sudah menjadi sejarah hitam itu berlalu .. nnti yg tidak benar itu tumbang juga!

    BalasPadam
  7. Salam. Pun lalu je le. Hehe.

    BalasPadam
  8. Aslmk.
    Pun ikut lalu juga. :)

    BalasPadam
  9. Aslmkm.
    Abang, malam mai makan di rumahh ya!

    BalasPadam
  10. Salam mesra kepada semua yang datang ziarah. Terima kasih banyak, tp minta maaf bbyk la sbb saya bz ssgt. Insya Allah, saya akan bertandang ke blog semua.

    BalasPadam