UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Rabu, 21 Julai 2010

BENJY MUNGKIN MULA MENGERTI

Tentulah ramai sudah mengetahui bahawa pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Benjy telah menarik kembali rayuan habeas corpus yang dibuatnya.  Kes rayuan ini dijadualkan untuk dijalankan di Mahkamah Persekutuan di sini, pada hari Rabu ini

Sidang kes berkenaan dijadualkan didengar oleh panel tiga hakim.  Tapi peguamnya memberitahu bahawa pihak Benjy sudah menarik kembali rayuan berkenaan.  Tiada sebab dikemukakan.

Saya yakin Benjy, ibunya Azean Irdawaty dan keluarga mereka sudah faham tentang peruntukan undang-undang dan mekanisma pelaksanaan undang-undang.  Seperti kata orang tak guna menongkah arus, dan kalau jelasnya batu, masakan boleh dibahaskan sebagai hanya selut kering.

Semoga menjadi ikhtibar bagi sekelian rakyat Malaysia.  Lebih penting lagi, setiap warga Malaysia mesti faham, disegi undang-undang, semua orang mesti mendapat hak dan mempunyai tanggung-jawap yang sama.  Demikian asas 'Common Law' iaitu semua mesti adil dan saksama.

4 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Ya, bagi negara berhukum yg berasaskan 'Common Law' semuanya ada peruntukan undang-undang. Jika penguatkuasaan berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada, mungkin membuang masa & kos saja jika cuba mencabarnya.

    BalasPadam
  2. Salam Keri.
    Saya punrasa begitu!

    BalasPadam
  3. Salam Keri.
    Memang tak guna melawan kalau bukti dah jelas. Sekurang2nya semua adalah sebagai pengajaran & pedoman.

    BalasPadam
  4. Salam Keri.
    Kita pun boleh ambil ikhtibar!

    BalasPadam