UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Jumaat, 16 Julai 2010

JINAKKAN DIRI DENGAN ALLAH SWT

Ustaz minta panjangkan pesan supaya saling mengingatkan sesama umat manusia bahawa sekarang kita berada di bulan Syaaban.  Kita diingatkan untuk turut mendampingi dan menjinak-jinakkan diri dengan Allah SWT dengan melakukan ibadah-ibadah yang tertentu.

Bulan Syaaban juga dikatakan melebihi bulan-bulan lain seumpama kelebihan Nabi Muhammad SAW ke atas segala Anbia' iaitu para-para Nabi-nabi.  Syaaban diagungkan pula dengan Malam Nisfu Syaaban.

Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah bersabda bahawa pada malam ini Allah akan mengampunkan mereka yang memohon keampunan, dan diafiatkan dari bala bagi mereka yang ditimpa bala, serta dirahmati rezeki bagi mereka yang memohon rezeki.  Mengikut kitab pula dikatakan Jibril bersungguh-sungguh menunaikan segala hajat pada malam Nisfu Syaaban ini.

Samaada hadis itu kuat atau lemah, setiap seruan dan nasihat kepada kebaikan dan kebajikan sepatutnya dituruti.  Tidak salah untuk melipat-gandakan usaha untuk mendapat kebaikan dan keredhaan Allah SWT.

3 ulasan:

  1. Salam Keri.
    Ya benar. Kita cuba saja buat apa yang terdaya.

    BalasPadam
  2. salam saudara.

    betul lah tu, sesuatu yg baik perlu dipanjangkan agar ia menjadi menjadi peringatan dan amaran kepa kita yang masih bergelar manusia.

    semoga syaaban ini akan membakar semangat kita untuk memperbanyakkan ibadah.....amin....

    wassalam

    BalasPadam
  3. Aslmkm KERI.
    Semoga ramai terpanggil untuk sentiasa mempertingkatkan amalan baik & iman, amin.

    BalasPadam