UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Khamis, 2 September 2010

RAMADHAN YANG LEBIH MENDUGA

Nampaknya bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini adalah lebih menduga buat saya.  Biasanya gastrik saya tidak begitu teruk sangat.  Tapi sepanjang puasa ini, ia adalah lebih pedih dan sakit.

Saya bertahan juga.  Alhamdulillah, saya gagahi juga berpuasa kerana yakin Allah SWT tidak akan menduga di luar kemampuan diri saya.

Cuma saya amat kurang selesa dengan rutin kerja dan kehidupan.  Sampaikan isteri saya pun selalu berang.  Namun saya patuh dengan nasihat kakak supaya sentiasa banyak berastaghfar dan zikrullah serta yakinkan diri bahawa saya boleh melakukannya.

Oleh sebab itulah saya lama tidak membuat update.  Takut nanti asyik merintih cerita sakit saja.

Selamat menghabiskan ibadah puasa ini dengan baik.

8 ulasan:

  1. Salam ziarah.
    Setiap sesuatu dugaan ada hikmah tertentu.
    Sabar jer!

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Minum bijirin dengan susu masa sahur. Insya Allah akan lebih reda. Cuba ya.

    BalasPadam
  3. Salam Keri.
    Jaga kesihatan ya. Jaga diet. Takut pulak melarat!
    Jangan makan makanan yang pedas, berlemak & berminyak ya.

    BalasPadam
  4. Salam ziarah.
    Setiap dugaan ada ganjarannya.
    Berkat sabar keadaan akan lebih baik nanti, insya Allah.

    BalasPadam
  5. Salam Keri.
    Bila lebih besar dugaan, insya Allah lebih besar pula imbalannya nanti. Yakinlah.

    BalasPadam
  6. Salam ziarah.
    Bagaimana sekarang. Semoga dah OK. Amin.
    Selamat Hari Raya!

    BalasPadam
  7. Aslmkm Abang Keri.
    Nanti jumpa di kampung.
    Ceria2kan hari raya.
    Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.

    BalasPadam
  8. Aslmkm.
    Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
    Sentiasalah bersyukur. Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Insya Allah, diberkati.

    BalasPadam