UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Rabu, 20 Oktober 2010

WARISAN MERDEKA

Walaupun saya bukan punya kelayakan akademik dan pengalaman yang relevan, saya masih boleh bersuara menyatakan kata hati ini.  Biarpun PM kata ini projek PNB, saya terpanggil nak memberi pendapat juga.

Pendeknya apa logika untuk membina sebuah bangunan tertinggi lagi hanya untuk berbangga dengan menamakannya Warisan Merdeka.  Peruntukan sebanyak RM 5 billion bukan sedikit.  Boleh kering kantung tabungan dibuatnya.

PM kata projek ini akan mempunya 'multiplier effect' dan amat baik untuk ekonomi negara.  Aduh! janganlah terus-terusan cakap politik.

Begitu banyak lagi usaha lain yang akan menganjakkan ekonomi dengan kesan berlipat ganda.  Tanya kepada pakar-pakar ekonomi yang betul-betul jelas kepakaran mereka.  Jangan letak orang yang hanya akan jadi pak turut sebagai pakar.  Angkat mereka yang jelas mengambil keputusan atas petunjuk sebenar! 

7 ulasan:

  1. Aslmlm.
    Naper nak nunjuk dengan bangunan tertinggi.
    Tinggikan dulu ekonomi dengan perbaiki kemudahan2 prasarana.

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    :) Malas sungguh berbicara tentang manusia seperti mereka!

    BalasPadam
  3. Salam Keri.
    Itu untuk dijadikan warisan mereka!!!

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Memang bengang betul la!

    BalasPadam
  5. Salam Keri.
    Kita mesti tukar teraju nampaknya!

    BalasPadam
  6. Salam Keri.
    Jelas2 warisan yang mereka cari untuk manafaat sendiri!

    BalasPadam
  7. Salam Keri.
    Dah mabuk warisan!

    BalasPadam