UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Sabtu, 12 Mac 2011

MAKAN CUCUR POPULAR

Selepas kerja tadi, tiba-tiba rasa lapar pula perut.  Waktu Jumaat tu sempat juga makan mee sup.  Tapi sebelum balik, perut berkeroncong terus.   Mungkin kerana hujan yang berlarutan.

Sebelum lewat petang memang susah juga nak cari tempat makan yang ada makanan-makanan yang menyelerakan.  Garu-garu kepala juga nak cari makanan.

Kemudian pemandu sarankan supaya berhenti makan jenis bubur atau kueh cucur panas.  Tiba-tiba dia berhenti di hadapan deretan rumah teres.
 

Ternyata di situ terdapat beberapa jenis cucur yang popular seperti goreng pisang, cucur udang dan cekodok yang dalam proses pembikinan yang berterusan.  Saya sempat ambil gambarnya seperti di atas.

Ada beberapa bangku duduk juga.  Jadi saya pun akur duduk makan sajalah.  Oleh sebab panas-panas lagi tu, kira memang sedap la!  Apatah lagi perut sedang lapar!

12 ulasan:

  1. Salam Keri.
    Ya! Cucur popular!
    Cucur udang yang tak ada udang! Hehe.

    BalasPadam
  2. Salam Keri.
    Cucur favret lagi! Kan?

    BalasPadam
  3. Salam Keri.

    Ramai yang layan! Hehe.

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Panas2, sodappp! Hikhihi.

    BalasPadam
  5. Salam Keri.
    Boleh sangat. Sedap & mengeyangkan.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.
    Kata orang, jika dalam keadaan lapar semuanya sedap dimakan.
    Tapi kenalah beringat, sentiasa makan makanan yang halal dan berkhasiat.
    Pesan Rasul saw, makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

    TQ

    BalasPadam
  7. Aslmkm.
    Alhamdulillah. Kira rezeki baik tu!

    BalasPadam
  8. Salam Keri.
    Ya, memang popular! Murah & sedap lagi!

    BalasPadam
  9. Salam Keri.
    Anehnya, bila beli & makan diluar rasa lebih sedap!!!

    BalasPadam
  10. Salam Keri.
    Ikut suka juga!

    BalasPadam
  11. Salam Keri.
    Kekadang yang mudah menjadi popular; yang susah tak dijamah orang!
    Apa-apa ler!

    BalasPadam
  12. Salam semua.
    Terima kasih banyak ya di atas kunjungan.
    Alhamdulillah, saya juga sudah berkunjung balas.

    BalasPadam