UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Ahad, 17 April 2011

BN MENANG DI SARAWAK; YAKIN ADA PILIHANRAYA UMUM

Walaupun sambutan begitu amat meyakinkan, Pakatan Pembangkang tidak berjaya menumbangkan BN.  Ternyata elemen Sarawak sukar untuk dibaca oleh orang luar Sarawak.

Saya berpeluang duduk di Sarawak untuk setahun lebih juga.  Kebetulan masanya tu bertembung dengan satu pilihanraya umum peringkat negri seperti ini.

Apa yang saya amat rasakan ialah sentimen orang sana memang amat berbeza.  Selain amat berwaspada dengan orang 'Malaya' yang bermaksud orang Semenanjung, mereka juga jenis orang yang simplistik dan sentiasa menghargai kebaikan orang.

Bila masa pilihanraya seperti ini, macam-macam 'hadiah' yang BN beri.  Sampai ke pagi hari mengundi pun masih ada huluran-huluran buah tangan serta umpan pancingan undi.

Hanya ceramah umum berskala besar dan ramai yang terpaksa berhenti.  Ceramah secara perseorangan dan kumpulan-kumpulan kecil tetap dijalankan.  Kiranya durian terus runtuh hingga ke saat mereka akan ke pusat-pusat undi.

Dengan kemenangan majoriti 2/3 di Sarawak, sudah pasti pilihanraya umum seluruh negara akan diadakan di dalam waktu terdekat ini.  Saya yakin sekali.  Sudah ada banyak tanda-tanda dan isyaratnya.

9 ulasan:

  1. Salam Keri.
    Ye ke gitu?
    Kira2 bila tu?

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Kak G yakin, pihak PR tahu sentimen mereka, tapi tetap menggantung harapan tinggi.
    Sekurang-kurangnya ada kemenangan moral bagi PR, terutamanya bagi DAP.
    Kak G dapat info gitu juga. Ada, kita undi saja berpandukan iman yang tinggi.

    BalasPadam
  3. Salam Keri.
    Katanya BN pun rasa cuak pula dah! Sebab nak menang tu, punya la payah!

    BalasPadam
  4. Salam Abang Keri.
    Sekarang keputusannya BN menang. Majoriti brkurang saja!

    BalasPadam
  5. Salam Abang Keri.
    BN menang tapi nampak masih pening! Hehe.

    BalasPadam
  6. Salam Keri.
    Katanya sekarang nak naik cuak!

    BalasPadam
  7. Salam Keri.
    Dah macam2 dengar!
    Tengok budak2 gomen keje teruk ke arah ada PRU 13 dalam masa terdekat ini.
    Pastu bisik2 pula memberi kabar mungkin ditunda kerana keputusan di Sarawak bukan gambaran sebenar sokongan.

    BalasPadam
  8. Salam. Saudara Keri.
    Sekuat mana pun pembangkang, tetap mereka kecundang, kerana BN ada segalanya.

    ...menunggu KM bertukar baton...

    TQ

    BalasPadam
  9. Salam Keri.
    Sibuk ke?
    Katanya sekarang 50-50 pula. Kecut perut juga agaknya!

    BalasPadam