UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Ahad, 16 Oktober 2011

PENGURUSAN KEWANGAN

Jelas sekali ramai orang mempunyai masaalah kewangan.  Banyak kes di mana individu terlibat tidak pandai menguruskan kehidupan sesuai dengan pendapatan mereka.

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah yang kononnya adalah untuk cuba menangani masaalah ini.  Antara langkahnya ialah dengan mengenakan cukai perkhidmatan ke atas kad kredit.  Tak tahu apa logikanya la kerana itu jelas menambahkan perbelanjaan.

Kemudian juga Bank Negara telah menaikan syarat pendapatan minima tahunan  kepada RM24,000 bagi pemohon kredit kad baru.  Tujuannya supaya menghadkan perbelanjaan berlebihan bagi mereka berpendapatan di bawah paras itu.

Satu lagi syarat ialah mereka yang berpendapatan tahunan sebanyak RM36,000 ke bawah dihadkan kepada dua punca pemberi kad kredit sahaja.  Had maksima kredit juga adalah terhad kepada dua kali ganda pendapatan.

Berkesankah langkah sebegini? Rasanya kurang meyakinkan.  Apa yang paling penting ialah sikap individu sendiri.

19 ulasan:

  1. Salam Keri.
    Ya. Sikap sihat & positif yang penting.

    BalasPadam
  2. Salam Abang Keri.
    Benar. Tapi sukar nak menukar sikap orang dalam masa pendek. Tambahan ada banyak along2! Kan lagi susah jadinya?

    BalasPadam
  3. Salam Keri.
    Kalau tak pandai mengurus diri, memang susah!

    BalasPadam
  4. Salam Abang Keri.
    Memang perlu ada disiplin diri!

    BalasPadam
  5. Salam Abang Keri.
    Memang benar. Kita mesti pandai mengurus diri & kewangan!

    BalasPadam
  6. Salam Keri.
    Ini la orang kata 'biar pape asal bergaye!'

    BalasPadam
  7. Salam Keri.
    Memang ada baiknya.
    Cuma manusia yang reti menguruskan kewangan akan sentiasa jalan lain berhutang juga!

    BalasPadam
  8. Salam Abang Keri.
    Setuju. Budi perangai mesti dibentuk dengan baik.

    BalasPadam
  9. Salam Abang Keri.
    Sebanyak mana pun duit, tetap habis kalau selalu ikut hati & tak pandai kawal diri.

    BalasPadam
  10. Salam Abang Keri.
    Pokoknya mesti pandai kendali diri.

    BalasPadam
  11. Salam Keri.
    Sungguh benar sekali! Sukar dengan duit ni!

    BalasPadam
  12. Salam Keri.
    Duit itu adalah punca durjana!

    BalasPadam
  13. Salam Abang Keri.
    Laa! Mana hilang blog title?
    Hamba pun setuju!

    BalasPadam
  14. Salam Keri.
    Jika pandai mengurus diri, biasanya akan pandai juga menguruskan kewangan.

    BalasPadam
  15. Salam Abang Keri.
    Benar sekali. Itulah kenyataannya!

    BalasPadam
  16. Salam semua.
    Terima kasih banyak kerana sudi singgah & tinggal komen.
    Saya belum sempat kunjungi kembali semua. BZ sangat ni.

    BalasPadam