Keluar saja rumah dan jumpa orang yang kita kenali di mana-mana, soalan yang dimajukan lebih kurang sama isinya. Persoalan ialah berkisar dengan keadaan kecoh mengenai perlantikan Setiausaha Kerajaan Selangor.
Banyak orang rasa menyampah dengan saga ini. Ada yang menyampah dengan sifat degil administrasi kerajaan pusat dan ada yang menyampah dengan pemimpin Selangor. Tapi ramai tak berani sentuh bersabit dengan tindakan Sultan dan istana.
Semalam semasa membeli rojak berhampiran dengan Masjid ketika hampir waktu solat Jumaat, Mamak rojak pun bertanya juga. Kemudian secara bisik-bisik dia bertanya, 'Sultan apa macam?'
Ramai orang memang tak berani jawap. Saya pun jawap, 'Cakap pun tak ada guna!' Mereka yang berhampiran ikut tambah, 'Cakap orang semua salah!'
Kemudian semua yang ada ketawa. Makna ketawa mungkin berbeza untuk setiap orang yang ada di situ. Apa yang jelas semua orang tak mahu mencari masaalah.


