Syukurlah semua warganegara Malaysia, termasuk penuntut kita di Mesir sana semuanya berada di dalam keadaan selamat. Tetapi mengikut berita terkini, keadaan atau suasana di sana pula semakin meruncing.
Semalam CEO AirAsia memberi komitmen untuk mengeluarkan warga Malaysia di Mesir dengan khidmat penerbangan AirAsia sendiri. Kita sebagai rakyat biasa merasa bangga dan kagum dengan tahap kewajipan sosial yang tinggi oleh tokoh koporat ini.
Hari ini selepas desakan memuncak, akhirnya kerajaan bersetuju mengambil tindakan. Sumber berita Bernama mengatakan bahawa kerajaan bersetuju untuk menghantar tiga buah kapal terbang tentera bagi usaha mengeluarkan rakyat kita dari Mesir.
Mengikut sumber ini juga, petugas pesawat tentera akan melakukan operasi terus menerus selama 24 jam untuk membawa keluar seramai anggaran 14,000 orang rakyat Malaysia kita. Kedua-dua syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia juga turut menjalankan operasi untuk membawa keluar warganegara kita dari Mesir.
