UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Isnin, 25 Januari 2010

BALIK KAMPUNG

Lama juga saya tak balik kampung.  Bila balik je macam-macam cerita yang tak berapa menggembirakan pula yang member dan saudara kat kampung beritahu.  Ada orang tu sakit, ada saudara dimasukkan ke hospital dan ada juga orang yang bergaduh kerana dihasut oleh pihak ketiga.

Ada masa tu sempat jugalah ziarah-ziarah saudara mara.  Tapi yang bergaduh tu tak berani pula nak bertanya kabar kerana isu dia orang masih panas lagi katanya.

Lepas tu sempat juga pergi membeli bahan-bahan makanan yang kakak pesan di Pekan Rabu.  Rupanya banyak juga harga barang yang dah naik.  Tapi dah hendak juga barang-barang tu, naik harga pun masih belilah.

Kemudian sempat juga singgah makan Mee Abu.  Tetapi, tak tahulah selera saya ke ape?  Mungkin juga rasanya dah lama diubah suai, kerana dah setahun juga saya tak makan di situ.  Apapun rasa makanan tu dah lain sangat pula, dan saya tak berapa berkenan dengan rasa tu.

2 ulasan:

  1. Salam KERI.
    Seronoknyer dapat balik kampung ...
    Setahu Kak G mee Abu tu dah lama lain rasanya dr dulu2 tu .. jd skrg Kak G & famili pun dah tak teruja nak makan mee Abu tu .. makan je kat Pekan Rabu tu, macam2 ada .. hehe

    BalasPadam
  2. Salam.
    Apa kabar KERI. Bunyi seronok betul balik kampung tu ye?

    BalasPadam