UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Jumaat, 22 Januari 2010

JERAT LELAKI JAHAT

Seorang gadis menjadi habuan seks kepada sekumpulan lelaki yang memang sudah berniat jahat merancangkan segalanya sejak dari awal. Berita sebegini sudah menjadi satu episod yang sering kali berlaku. Tetapi peristiwa senada dan seirama seperti ini tidak berbekas juga kepada anak-anak gadis kita.

Saya petik berita sedih ini yang  disiarkan oleh Harian Metro:

Hasrat seorang gadis yang juga pelajar sebuah kolej swasta berusia 19 tahun untuk bertemu bakal mentuanya berkubur apabila dia menjadi mangsa pemuas nafsu sekumpulan empat lelaki diketuai teman lelakinya sendiri ketika berkunjung ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling di sini, Selasa lalu.

Lebih menyedihkan, mangsa diperlakukan seperti hamba seks dan diperkosa bergilir-gilir hampir 10 kali dalam tempoh lima jam.

Semuanya bermula kira-kira jam 11 malam apabila mangsa yang berada di rumahnya di sebuah pangsapuri di Jalan Jejaka, Cheras di sini, dihubungi teman lelakinya berusia awal 20-an menjemputnya keluar bersiar-siar .. mangsa dan teman lelakinya kemudian singgah makan di Tasik Permaisuri, Cheras.  Di gerai itu ada tiga lagi lelaki berusia lingkungan 20-an (kenalan teman lelakinya itu)  .. 

.. selesai makan, mangsa dipelawa ke rumah teman lelakinya untuk bertemu bakal ibu dan bapa mentuanya selain menolong mereka memindahkan barang ke rumah baru .. sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa terkejut apabila mendapati rumah terbabit kosong .. tetapi lelaki terbabit mendakwa orang tuanya mungkin sudah ke rumah baru mereka.

.. tiga rakan yang ditemui di restoran tiba di rumah berkenaan .. sebaik tiga rakan terbabit memasuki rumah berkenaan, teman lelaki mangsa mula menunjukkan taring apabila cuba menodai mangsa di hadapan rakannya.

.. Malah, mangsa juga dirogol teman lelakinya biarpun merayu dikasihani manakala tiga rakannya pula bersubahat dengan membantu memegang tangan dan kaki gadis berkenaan .. kumpulan terbabit kemudian merogol mangsa secara bergilir-gilir hampir 10 kali.

Mereka kemudian menghantar mangsa ke rumahnya kira-kira jam 7 pagi selepas teman lelakinya mengugut akan mencederakannya jika mendedahkan perkara itu kepada ahli keluarganya atau pihak berkuasa.

Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan ugutan itu apabila membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan di sini
Dari awal insiden sudah nampak jerat yang dipasang itu.  Pelawaan untuk berjumpa bakal mertua di waktu tengah malam sungguh tidak logik sama sekali.  Tetapi gadis itu menurut juga.  Seperti kata orang, bila menurut hati, diri sendiri juga yang rugi.  Menyesal kemudian tidak dapat mengembalikan maruah dirinya.  Hanya tindakan undang-undang yang berjaya mungkin dapat memberi sedikit penawar.

Harap-harap gadis-gadis lain di luar sana dapat mengambil iktibar dari peristiwa ini, dan mengambil sikap lebih bijaksana dan berhati-hati.

OKlah, kena chow pergi solat Jumaat dulu.

2 ulasan:

  1. assalammualaikum keri

    terlalu percaya dan terlalu kasih hingga leher terjerut.
    sayang sekali.
    nasi sudah menjadi bubur, cuma doa kita di hari jumaat ini agar si penganiaya mendapat balasan setimpal dunia dan akhirat nanti

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Ya la, kekadang kerana dahagakan kasih mmg buat seseorang hilang pertimbangan.

    BalasPadam