UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Sabtu, 30 Januari 2010

MASA PANTAS BERLALU


Sekejapnya rasa masa dari hari Isnin sampai hari ini.  Hari ni sudah pun masuk hari keenam, hari Sabtu.  Jadi dah lebih empat hari la saya langsung tak menjengah ke Maya ni.  Benarlah seperti kata: masa berjalan dengan pantas, jika masa sudah lewat, ia dah tak boleh diganti baru.

Sejak dari hari Isnin itu lagi saya sudah mula memenuhi pesanan sepertimana yang dijadualkan.  Tetapi dengan keadaan cuaca yang hujan dan jalan-jalan pula jem, setiap hari saya sampai di rumah agak lewat juga, terutamanya pada dua hari yang terkemudian.  Bila keadaan jadi begitu, badan saya dah terlalu amat letih sangat.  Setelah pulang ke rumah, saya cepat-cepatlah membersihkan diri.  Selepas tu terus saja makan serta menyempurnakan kewajipan, dan kemudiannya lansung tidur saja la.

Sekarang ni saya tengah tunggu orang rumah bersiap untuk pergi menziarahi keluarga yang sedang dirawat di hospital.  Sambil tu, masuk la sekejap ke Maya ni .. :)

4 ulasan:

  1. Aslmkm KERI.
    Ya la, mmg begitu bila kita sibuk dgn urusan kerja .. tp jika duduk sesaja .. aduh masa macam tak bergerak pula .. pg nak ke ptg macam lama sgt!

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Dlm melaksanakan kewajipan, kekadang kita mmg bz sgt. Hadapilah dengan ceria & tabah. :)

    BalasPadam
  3. assalammualaikum keri

    memang sungguh..
    kalau tengah sibuk, rasa macam cepat sangat masa berjalan
    nak rasa masa lambat sangat ialah bila kita dalam penantian

    BalasPadam
  4. Salam KERI.
    Itu la kata orang .. masa berlalu macam kilat .. sedar2 dah masuk setengah abad .. kena relaks gak le.

    BalasPadam