UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Isnin, 19 April 2010

BERKELAH DENGAN KELUARGA

Di hari minggu yang baru kelmarin beberapa ahli keluarga berkumpul.  Semua bersetuju pergi berkelah di Taman Titiwangsa untuk santai-santai bersama.

Seronok juga bila pergi ramai-ramai bersama begitu.  Sudah lama kami tidak berkesempatan untuk duduk dan lepak santai bersama.

Sebenarnya acara ini dilakukan secara 'ad hoc' saja.  Petang hari Sabtu, keluarga datang.  Malamnya, anak-anak menyatakan nak naik kuda.  Jadi semua setuju untuk pergi ke Taman Titiwangsa kerana ada tempat yang memberi khidmat menaiki kereta kuda berhampiran di sana.

Menjamu Selera 1

Menjamu Selera 2

Malamnya tu kaum wanita sibuk juga memasak ala-ala kadar.  Awal-awal pagi mereka sambung memasak.  Selepas pukul 9 pagi, kami dah bertolak ke sana.

Lama juga kami sekelian berada di sana.  Ada yang jalan-jalan sepanjang Taman Tasek Titiwangsa bersebelahan dengan tempat masuk utama.  Anak-anak pula pergi menaiki kereta kuda.  Yang lebih berumur pun berjalan juga melihat orang memancing.

Pendeknya acara keluarga ini amat menyeronokkan.  Masakan yang serba ringkas pun semuanya sedap.

6 ulasan:

  1. Salam.
    Seronoknyer!!
    Nape tak ajak kita pergi sama .. hukhuhu!

    BalasPadam
  2. Salam.
    Kita pun pergi piknik juga kat Taman Tasik tu pd hari Sabtu dgn anak2 & cucu juga .. dia orang nak naik bot & nak tgk org mancing!

    BalasPadam
  3. Salam.
    Sesekali acara kekeluargaan begini mesti akan lebih mengeratkan pertalian kasih sayang antara anggota keluarga kan?

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Macam pernah tgk .. ada sdra di Jelebu, NS?

    BalasPadam
  5. Aslmkm.
    Tempat2 begini selalu membuat pengunjung2nya rasa tenang & damai :)

    BalasPadam
  6. Salam.
    Seronok dpt kawan kan? Saya jd blogger pun ada masaalah!

    BalasPadam