Saya terputus hubungan dengan Maya gara-gara modem rosak. Silap saya sendirilah kerana semasa keluar seharian tu terlupa nak menarik keluar plug dan wayar internet. Kebetulan hari tu hujan lebat dengan guruh petir.
Bila sampai balik di rumah, bekalan letrik sudah pun terputus. Hari dah lewat malam juga. Tergagau-gagau pula mencari lilin untuk melihat kotak bekalan utama, dan menekan semula 'switch' utama itu.
Bila sampai balik di rumah, bekalan letrik sudah pun terputus. Hari dah lewat malam juga. Tergagau-gagau pula mencari lilin untuk melihat kotak bekalan utama, dan menekan semula 'switch' utama itu.
Selepas bekalan letrik pulih semula, baru tahu punca bekalan letrik boleh terputus. Rupanya modem terkena kejutan akibat petir.
Telekom datang untuk lihat dan baiki. Tetapi mereka kata modem dah hancur. Ingatkan rosak sedikit saja yang dapat dibaiki. Jadi terpaksalah beli modem baru.
Setelah menggantikan dengan modem baru pun, internet masih juga putus-putus. Mereka kata dah periksa dan betulkan di 'port' ke apa tak tahu, tapi masaalah tu masih juga berterusan. Hari ini barulah okey. Inilah baru nak melayan ...... hehehe.
panahan petir tak boleh dibuat main2
BalasPadamada rakan yang terkena kejutan kilat semas membasuh tangan di dapur rumahnya yang mengadap tingkap...
Salam KERI.
BalasPadamSaya juga pernah mengalami peristiwa begitu. Lain kali kena pastikan peralatan sensitif tidak tersambung kuasa letrik jika kita keluar rumah.
Aslmkm.
BalasPadamNnti kena selalu ingat supaya perkara sama tidak berlaku lagi ya.