UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Selasa, 6 April 2010

DAH RIUH PILIHANRAYA

Tadi saya pergi membuat hantaran bekalan di sebuah pejabat di kawasan Parlimen Hulu Selangor.  Dah meriah kawasan itu dengan bendera parti dan juga poster orang atas BN.

Agaknya sekali ini memang tidak ada larangan untuk meletakkan bendera dan poster sebelum hari penamaan calun seperti di kawasan lain dulu itu.  Betul la juga.  Pada hari Suruhanjaya Pilihanraya buat pengumuman tentang hari yang ditetapkan untuk hari penamaan calun dan hari mengundi, atasan dan pembesar parti dah mula berkukuk di sana.

Seronok juga orang Hulu Selangor yang sudah dijanjikan dengan sekolah baru, peruntukan tambahan dan entah apa-apa lagi.  Saya pun tak ingat.  Yang nyata pemimpin dan jentera BN sudah mula pastikan agenda mereka ialah untuk berada di kawasan Parlimen Hulu Selangor.  Tentunya sampai ke hari mengundi nanti.

Kalau saya jadi pengundi berdaftar di sana, saya tentu akan menerima segala yang diberi.  Semuanya pun duit semua rakyat Malaysia juga.  Tak gitu?

9 ulasan:

  1. Salam.
    Canang confident menang, ada tanda gitu?

    BalasPadam
  2. Salam.
    Betul gitu? Dah ghairah la tu!

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Meriah le kalau gitu .. kan raya tu! .. biarkanlah .. kita pun tak mampu nak buat apa!

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Salam.
    Saya orang baru. Harap sudi jadi kawan Maya saya. TK.

    BalasPadam
  6. Aslmkm.
    Demam pilihanraya sudah bermula. Nanti berjangkit ke Sarawak pulak! Hehehe.

    BalasPadam
  7. Salam.
    :) dtg utk ucap terima kasih pulak :)

    BalasPadam
  8. Aslmkm.
    :) Mohon maaf ya kerana lewat balas ziarah. Harap jgn le serik utk terus menjengah Kak G!
    Hmmm, ikut hati, teringin juga nak pergi lihat kawasan berkenaan ... hehe.

    BalasPadam