UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Ahad, 25 April 2010

KERANA HATI KU IKUT JUA!

Chewaahh, sudah jadi tajuk jiwang la pulak.  Tapi itulah sebenarnya.  Hati ini dah teringin ke tahap gian nak melihat sendiri suasana di Hulu Selangor yang sedang 'beraya' kerana nak memilih wakil rakyat baru.

Sudah dua hari saya skodeng jer dari jauh.  Nak hampir takut juga terperangkap dengan apa-apa peristiwa yang mungkin tercetus.  Mana tidaknya, perasaan penduduk dah disensasikan dan polis pula mendatangkan kontigen besar ke sana.  Salah langkah sikit saja akan memungkinkan berlakunya pergaduhan.  Jadi saya mesti bersikap rasional.

Semalam ada seorang sahabat keluarga yang mempelawa untuk datang makan-makan di rumahnya di Serendah hari ini.  Bagaikan orang mengantuk disorongkan batal.  Saya membuat keputusan untuk menerima pelawaan itu.

Sahabat itu menjemput datang untuk makan tengahari hingga membawa ke saat saya sendiri mahu pulang.  Kira-kira sampai keputusan diumumkan la tu.  Ini saya sudah pun bersedia nak pergi.  Tapi nak juga buat N3 ini dulu.  Hehehe.

5 ulasan:

  1. sudah 2 blog saya baca, tuan rumah di hulu selangor mengajak rakan2 mereka datang dan kenduri di sana...
    bagus betul...

    selamat menyibuk di sana ya

    BalasPadam
  2. Salam.
    Ehh, anda pun ke sana juga? Tunggu sampai keluar keputusan ke?

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Kami dah balik juga dah ni. Dengar lepas Maghrib td undi memihak kpd BN,kami pun belah .. takut sangkut jam pulak!

    BalasPadam
  4. A kl citizen: Saya pergi kerumah kawan adik pupu saya. Mungkin cikgu baca blog adik pupu saya la tu. Bukan kenduri, hanya kami saja setakad berkumpul makan bersama kawan setempat :) Sekali2 lagu tu la.

    Zizaq: Saya tak tunggu sampai keluar keputusan. Takut sangkut jam :)

    CIK: Abg tak baca semalam .. letih dgr kalah jd tido awai!

    al-mankaraqi: salam juga utk anda.

    Insya Allah saya akan balas ziarah.

    BalasPadam