UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Isnin, 12 April 2010

MENITI HARI-HARI TUA

Tadi waktu tengahari, saya, pemandu dan seorang pekerja lagi terpaksa membeli nasi campur bungkus kerana tidak dapat tempat parkir di tempat makan berhadapan Balai Polis di New Town.  Kami menghala pergi ke tempat duduk di Tepi Tasik Taman Jaya.  Di sana kami berjumpa dengan seorang tua yang sudah berumur lebih dari 81 tahun yang juga sedang duduk makan di situ berseorangan saja.

Mak Cik ini amat menarik perhatian.  Beliau begitu ceria menceritakan bahawa hidupnya sudah sempurna.  Katanya, hidupnya sudah melepasi 30,000 hari, dan sekarang beliau sedang terus mengharungi hidup dengan gembira, tenang dan damai.

Beliau bercerita bahawa hampir semua saudara mara, dan kawan-kawan sudah tidak ada.  Kedua orang anaknya pula sudah lama berhijrah ke luar negara.  Oleh kerana beliau tidak mahu ikut bersama mereka, beliau menerima hari-hari mendatang seadanya.  Beliau tidak risau kerana beliau mempunyai punca kewangan yang cukup teguh kerana arwah suaminya dulu adalah pesara kerajaan peringkat menengah.

Mengikut ceritanya juga, hampir setiap hari beliau akan ke Tasik itu kerana tempat itu melambangkan kehidupan.  Beliau pun tinggal tidak jauh, jadi tidak menjadi masaalah untuk beliau ke situ.  Katanya kekadang beliau membawa bekalan sendiri, dan di hari-hari lain beliau hanya beli dari penjual di Taman itu.

"Kita tidak boleh memilih sendiri cara kematian kita.  Jadi, biarlah kita cuba mengatur cara hidup kita mengikut selera kita sendiri.  Tuhan punya perancanganNya.  Saya akan terus menjalani hidup ini dengan berani dan syukur.  Umur mematangkan kita, dan kita mesti ada keyakinan.  Saya masih kuat, sihat dan gembira."  Begitulah ceritanya.

Ada harinya beliau akan pergi menziarahi saudara dan kawan yang masih ada tetapi sedang terlantar sakit.  Beliau menegaskan bahawa beliau tidak mahu menjadi seperti mereka yang terbaring sendirian.  Katanya mereka itu berhati dan wajah murung kerana sakit, rasa tersisih, dan resah menunggu saat kematian.  Semuanya itu hanya semakin menambahkan penderitaan mereka.

Di akhir pertemuan, beliau berkata dengan tegas kepada kami bertiga, "anak-anak juga jangan sekali-kali mengalah kepada takdir begitu!"

6 ulasan:

  1. Salam.
    Tak tahu nak kata apa .. tersentuh sangat!
    Sekali fikir ada juga org begitu yg terus berani & ceria mengharungi hari tua .. tp masih takut memikirkan hari tua itu ;o Mungkin patut contohi pendekatan makcik ni!

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Kuat le Makcik tu. Tp nape dia pergi ke Taman tu? Pergi ke majlis2 ilmu utk memperbaiki kedudukan saham akhirat adalah lebih baik utknya!

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Kita insaf betapa hidup hingga ke usia yg lanjut itu bukan mudah. Allah SWT memberi peluang utk terus memperbaiki diri, sementara dugaan pula semakin mencabar ... :( sedih la.

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Sedih :( Takut pula rasanya. Kena tawakkal supaya semua baik2 saja, insya Allah.

    BalasPadam
  5. Salam.
    Agak menakutkan juga! Kita kena mengambil perhatian utk diri sekurang2nya.

    BalasPadam
  6. Aslmkm.
    Singgah je :)

    BalasPadam