UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Jumaat, 25 Jun 2010

BANTAH JUDI

Ingat nak buat N3 lain tadi, tetapi saya tertarik pulak kepada berita ini.  Ia adalah mengenai perhimpunan 100 ribu orang kerana membantah judi kehendak rakyat.

Begitu  banyak telah bersuara secara sendiri-sendiri atau mewakili pertubuhan tertentu.  Tetapi ini nampaknya seperti satu rally besar-besaran.  Saya petik berita ini untuk tatapan kita bersama:
KUALA LUMPUR, 24 Jun: "Perhimpunan ini kehendak semua rakyat,” kata Pengerusi Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Mohd Azmi Abdul Hamid selepas memohon permit untuk himpunan 100 ribu rakyat bantah judi pada 3 Julai ini.

Beliau mengetuai GMJ ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memohon permit itu. Hadir sama ialah Setiausaha GMJ, Suhaizan Kayat dan AJK GMJ, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Himpunan besar-besaran 3 Julai ini menghimpunkan semua bangsa dan agama membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan termasuk judi bola sempena Piala Dunia 2010.

Mereka dijangka berkumpul bermula jam 2 petang di beberapa tempat termasuk di Masjid Jamek, Masjid Negara dan pusat membeli belah Sogo sebelum bercantum dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut GMJ, peserta himpunan disaran memakai pakaian sukan atau jersi bolasepak piala dunia sebagai menyatakan bantahan terhadap kelulusan lesen judi tersebut.

Mereka juga dibawa oleh Ketua Cawangan Khas Dang Wangi, DSP Izan Bakri untuk diambil keterangan kira-kira 30 minit berhubung himpunan tersebut.

Pada sidang media selepas itu Cikgu Azmi berkata, GMJ mengharapkan respons positif pihak polis berhubung permohonan yang telah dibuat.

"Kami harap ada kerjasama positif membenarkan kita mengadakan himpunan aman menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Ditanya jika permohonan tersebut ditolak, beliau berkata wakil-wakil GMJ akan tetap berada di tempat-tempat yang ditetapkan pada hari tersebut.

"Perhimpunan ini kehendak semua rakyat. Wakil kami tetap akan berada di Masjid Negara, terpulang kepada orang ramai sama ada mahu menyertai atau tidak," katanya.
Saya rasa jika diadakan saya pun nak ikut serta sebab kita wajip menyokong perkara yang baik. Judi itu jelas haram dalam Islam. Jadi orang Islam jelas mesti menyertainya jika tidak berhalangan.

8 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Abang dapat tau berita ni dari mana? Yaya pun mungkin nak ikut jugak la tu!

    BalasPadam
  2. Salam Keri.
    Bagus la kalau begitu ramai mahu bersatu & menjadi 'pressure group' gitu!

    BalasPadam
  3. Salam Keri.
    Sekurang-kurangnya ramai yg bersatu dlm isu ini.

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Mesti bantah jangan tak bantah!!! Allah Hu Akhbar!!!

    BalasPadam
  5. Aslmkm.
    Sudah jelas judi tu haram ... jd sebagai negara Islam tidak perlu ada judi!

    BalasPadam
  6. Salam Keri.
    Akhirnya kerana desakan kuat kena akur! Bagus la kan?

    BalasPadam
  7. Salam Keri.
    Dah sah lesen judi bola dibatalkan tp judi2 lain macam mana pulak ya?

    BalasPadam