Alang-alang rasa panas dan tak dapat tidur elok juga saya kemas kini blog ni. Sudah banyak hari juga tak buat N3. Saya nak berkongsi pandangan tentang isu kekejaman regim zionis Israel.
Penderitaan perit getir rakyat Palestin selama enam dekad telah dapat dirasai oleh anggota misi damai bantuan ke Gaza yang telah diserang, ditawan dan dibebaskan. Begitulah kata wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail dalam bual-bicaranya melalui Stesyen berkenaan hari ini, sebaik selepas sampai di Jordan setelah dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel.

Antara Rupa Seruan Menuntut Kebebasan Gaza
Mungkin inilah hikmah disebalik semua tragedi yang menimpa anggota misi bantuan keamanan yang menaiki kapal Mavi Marmara, kapal yang mengepalai konvoi fortilla itu. Dunia dapat melihat dengan jelas kekejaman regim zionis yang telah menganianyai penduduk Palestin selama lebih dari setengah abad.
Selama ini kekejaman mereka sering diputar-belitkan untuk menjustifikasikan serangan dan penganianyaan terhadap Palestin. Kuasa-kuasa besar pula sentiasa memihak kepada regim Israel.
Tetapi gambar satelit serangan ke atas kapal misi bantuan keamanan ini menceritakan segalanya. Seperti kata bijak-pandai, gambar boleh menceritakan segala peristiwa tanpa perlu berkata-kata.
Semoga selepas ini seruan supaya membebaskan Gaza akan disokong secara lantang dan meluas. Amin, amin.
Aslmkm.
BalasPadamDunia melihat kekejaman yg dilakukan oleh regim zionists ... insya Allah Gaza akan mendapat manafaat dari peristiwa ini.
Salam.
BalasPadamSemoga selepas ini mendapat laluan ke arah ini, amin.
Aslmkm.
BalasPadamBid doakan juga semoga Gaza segera bbebas!
Aslmkm.
BalasPadamLalu saja je le. :)
Aslmkm.
BalasPadamLalu saja juga! Hehe.
Salam perkenalan.
BalasPadamBebaskan GAZA!
Salam Keri.
BalasPadamDunia membuka mata .. semoga mendapat laluan mudah!
Sudah seminggu juga saya tak update.
BalasPadamTapi saya sudah balas kunjungan kecuali utk minggu ini. :)