UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Sabtu, 29 Mei 2010

HATI TERBAWA SEDIH

Seorang pemandu syarikat tiba-tiba saja terkena serangan angin ahmar awal pagi tadi.  Rupanya dia pun hidup berdua dengan isterinya saja kerana mereka juga tidak mempunyai zuriat.

Melihat keadaannya yang terlantar sakit dan isterinya pula mengidap darah tinggi dan kencing manis serius saya ikut rasa sedih.  Maklum sajalah saya pun tidak mempunyai zuriat dan hidup berdua dengan isteri saya sahaja.

Siapalah yang tidak mahu anak?  Malah saya memang amat suka kanak-kanak.  Tetapi siapalah yang dapat melawan takdir?  Arwah isteri saya yang pertama dulu disahkan mandul.

Kemudian sahabat kenalan keluarga telah mengaturkan perkahwinan saya dengan isteri saya sekarang.  Selepas berkahwin baru saya tahu sebenarnya dia adalah seorang janda yang juga disahkan mandul.  Kira sudah suratan nasib saya begitu.

Tetapi hari ini hati saya amat terbawa sedih.  Tadi selepas menziarah pemandu berkenaan, saya terus ke rumah kakak angkat saya seorang diri.  Saya cuma menelefon isteri memberitahunya saya berada di rumah kakak.

Saya memang mahu mengambil anak angkat tetapi isteri saya enggan.  Kata anak saudara angkat, iaitu anak kakak angkat saya, "Angah jangan susah hati, kita orang ada.  Kalau apa-apa Angah beritahu."  Terubat juga sedikit, tapi hati saya masih sedih.

3 ulasan:

  1. Aslmkm KERI.
    Jangan disesali nasib! Alhamdulillah ada sdra angkat yang baik hati ... anak saudara angkat dah baik tu.

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Bersyukur dengan segala anugerah & pemberian! :)

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Arini lalu je. :)

    BalasPadam