Menteri Pertahanan, YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa Komander Maktab Tentera Di Raja (RMC) harus ada akauntabiliti, dan wajip bertanggun-jawap. Yakni Komander berkenaan mesti bertanggung-jawap sepenuhnya di atas apa yang berlaku bersabit dengan kematian pelajar Maktab tersebut tempuhari.
Ini membuat saya merasa agak jengkel juga. Kalau itu adalah pegangan asas kita bermakna semua pemimpin dan ketua harus bertanggung-jawap sepenuhnya di atas segala apa yang berlaku di Kementerian atau Jabatannya.
Kalau begitu tidakkah Menteri Pertahanan ketika engin jet hilang tempuhari mesti bertanggung-jawap di atas kehilangan itu? Maknanya Perdana Menteri yang menjadi Menteri Pertahanan ketika itu wajip bertanggung-jawap. Bukan begitukah?
Sesuatu peraturan itu mesti diaplikasi secara menyeluruh. Semuanya tidak terkecuali. Janganlah peraturan seperti ini dipakai hanya untuk golongan bawahan saja. Yang di atas itu dulu yang mesti di atur supaya yang di bawah dapat hormat dan patuh.
Aslmkm.
BalasPadamBegitulah ajaran agama Islam yg suci! Tp kebiasaannya secara berleluasa dilacuri oleh mereka yg berkuasa! Semoga Allah SWT memelihara kita dari tempias dosa mereka, amin.
Wkmslm Kak G.
BalasPadamBernas respon kak G! Amin.
Aslmkm.
BalasPadamLalu jer ler. :)
Aslmkm.
BalasPadamKalau semua orang dipertanggungjawapkan, tentu semua keadaan akan jadi lebih baik .. tp ini macam terpencil!
Aslmkm.
BalasPadamYa la! Kenapa harus orang bawah saja yang dikenakan tindakan .. bapa & emak jerung yang melakukan dosa & kesalahan yang jauh lebih besar & serius terus dibiar saja hidup selesa!
Salam Keri.
BalasPadamApa khabar?
Biasa la tu .. mmg semuanya dilakukan secara selektif & sesuka hati deme!
Salam Keri.
BalasPadamBenar seperti yang dikatakan.
Jerung pelahap tunggu balasan di Akhirat!