UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Khamis, 27 Januari 2011

HATI SENANG

Sejak seminggu lebih ini ramai yang menegur tentang perubahan pada diri saya.  Macam-macam komen ada.  Saya terima saja dengan senyuman ataupun beserta geleng-geleng kepala.

Rata-rata tu komennya agak menyenang dan melucukan.  Kebanyakan mereka menyentuh tentang berat badan yang semakin bertambah.

Kiranya semenjak duduk dengan kakak, hati dan jiwa saya memang tenang.  Suasana di rumah kakak memang ceria dan rukun serta damai.

Benarlah bagai dikata, suasana rumah-tangga dan keluarga yang saling menyayangi, menghormati dan memahami adalah amat baik untuk semua insan.  Semua yang ada adalah ciri-ciri yang sihat.

Saya amat bersyukur kerana dianugerahkan keluarga angkat yang sebegini baik dan prihatin.  Kasih sayang di antara kami adalah tulus ikhlas.

8 ulasan:

  1. SALAM,
    SYUKUR ALHAMDULILLAH. GEMBIRA MENDENGAR SAHABAT DALAM KEADAAN TENANG DAN CERIA

    BalasPadam
  2. Salam Keri.
    Alhamdulillah.
    Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

    BalasPadam
  3. Salam Keri.
    Alhamdulillah, syukur.
    Saya tumpang gembira.

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Bila kita mula menghitung rahmat & nikmat Allah SWT, baru kita insaf bahawa semuanya begitu banyak sampai tidak terhitung.
    Subhanallah. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  5. Salam Keri.
    Alhamdulillah.
    Saya ikut gembira & senang.
    Semoga terus bahagia ya.

    BalasPadam
  6. Salam Keri.
    Syukurlah. Saya juga tumpang gembira.
    Selamat ya.

    BalasPadam
  7. Salam kepada semua rakan yang sudi berkunjung.
    Terima kasih semuanya ya di atas sokongan.
    Alhamdulillah saya juga sudah berkunjung balas.

    BalasPadam
  8. Aslmkm.
    Bid pun ikut gembira.
    Semoga berterusan ya.

    BalasPadam