UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Jumaat, 3 Jun 2011

BERKEJAR MASA

Cepat betul masa berjalan.  Sekejap saja malam, sekejap sudah bertukar hari dan minggu.  Saban hari terkejar-kejar masa untuk menepati pesanan pelanggan.

Kakak sarankan supaya menambahkan pekerja yang ada skil dan kelayakan akademik lebih tinggi.  Memanglah lebih baik kalau semuanya dedikasi.

Soalnya mereka ini banyak pula kereknya.  Belum apa-apa sudah pandai demand.  Bila kakak sendiri ikut dalam sessi temuduga calon, kakak akhirnya akur bahawa memang sukar nak semuanya baik.

Rezeki nampaknya amat menggalakan.  Cuma sekarang ini tak mampu pula untuk memenuhi semua permintaan.  Jadi memang bersyukur dengan segala nikmat setakad ini.

Sebenarnya malam ni nak berkongsi kucing jalanan yang kita orang mula bela di luar rumah dan beri perhatian.  Bukan apa; setiap hari bila balik, dia setia menyambut.  Jadi hati ini sudah semakin sayang padanya.  Lihatlah gambarnya ini.

11 ulasan:

  1. Salam Abang Keri.
    Sungguh tajam renungan si comel ni!

    BalasPadam
  2. Salam Abang Keri.
    Ya la, comelnya si comel! Hehe.

    BalasPadam
  3. Salam Keri.
    Memang betul! Jika rezeki, ada jalannya nanti.
    Kucing jalanan pun comel.

    BalasPadam
  4. Salam Keri.
    Saya pun gitu. Tak terkejar masa.

    BalasPadam
  5. Salam Keri.
    Comeynya kucing jalanan ni. Bela dalam rumah?

    BalasPadam
  6. Salam Abang.
    Lama tak datang. BZ sangat ke?

    BalasPadam
  7. Salam Keri.
    Kadang2 gitu .. buatlah ya termampu.

    BalasPadam
  8. Salam Keri.
    Awak macam saya la. Bz tak cukup kaki tangan!
    Tapi kalau rezeki tak ke mana!

    BalasPadam
  9. assalamualaikum. alhamdulillah...rezeki semakin makmur. pd sikucing...semakin 'gempal-lah' dia nanti

    BalasPadam
  10. Salam Keri.
    BZ juga lagi!

    BalasPadam