Di ketika kita sibuk buat persediaan mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri, masyarakat di perumahan kami sibuk pula menggesa pemilik dan penduduk supaya menandatangani surat persetujuan untuk menjadikan kawasan perumahan ini kawasan berpagar. Lepas tu bertalu-talu mereka yang mahukannya mendesak semua orang setuju.
Sana sini memang banyak kawasan sudah meletakkan penghadang, 'boom-gates' serta pengawal di permulaan jalan masuk ke rumah-rumah penduduk. Tapi ramai juga yang tidak setuju.
Pertama sekali kerana tiada peruntukan untuk menukar kawasan ke perumahan berpagar. Kemudian, bagi sesetengah orang seperti kami memang tidak setuju konsep ini.
Apa tidaknya. Sekarang, nak pergi ziarah saudara dan kawan pun terpaksa menjawap macam-macam soalan dari pengawal yang bertugas. Kemudian kena tinggal butir-butir peribadi pula. Susah betul!
Bila ramai penduduk kawasan perumahan kakak pun sibuk mahu ikut membuat kawasan ini sebagai 'gated community' sebilangan pemilik/penduduk seperti abang dan kakak mendiamkan diri. Tapi yang mahukannya tetap menesak. Lepas satu notis, satu lagi dan berterusan lagi mereka menghantar notis dan minta tanda-tangani setuju.
Kebetulan di jalan rumah kakak, majoriti tak setuju. Hanya dua pemilik saja menghantar balik surat bersetuju. Selebih sembilan pemilik lagi tidak berbuat demikian.
Sekarang mereka menghantar beberapa wakil berkali-kali untuk mendapatkan persetujuan juga. Hasilnya tetap sama juga iaitu yang tidak setuju tidak memulangkan borang setuju.
Sama-sama berkeras nampaknya. Kan dah menjadi kecuh pula!
Salam Abang Keri.
BalasPadamMemang pelik2.
Belajar budaya paksa!
Salam Keri.
BalasPadamNape la orang sampai gitu?
Salam Keri.
BalasPadamYa la. Memang boring. Jenuh pusing2!
Salam Keri.
BalasPadamBetul. Buat haru.
Nak jaga tu keselamatan adalah urusan polis.
Kalau sekat semua jalan, menyusahkan namanya!
Salam Keri.
BalasPadamKena bayar servis mahal pulak tu!
Salam Keri.
BalasPadamJangan biar orang juga paksa kita!
Salam Keri.
BalasPadamDah trend baru pula. Habis tutup jalan & menyusahkan orang.
Salam Abang Keri.
BalasPadamPelik ya. Dah cantik lapang, dikepung sana sini pula!
Salam Abang Keri.
BalasPadamSalah dari segi undang2 tu!
Salam Abang Keri.
BalasPadamBelajar dari orang atas2 tu!
Salam Keri.
BalasPadamAnggota masyarakat terlalu fobia dengan jenayah pecah rumah! Jadi ambil langkah yang kurang menyenangkan seperti ni!
Salam Keri.
BalasPadamMemang pelik2!
Salam Abang Keri.
BalasPadamFenomena baru!
Salam Keri.
BalasPadamLama2 jadi takut bayang2 sendiri!
Salam semua.
BalasPadamTQVM ya.
Saya sudah berkunjung balas.