UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Sabtu, 17 September 2011

KECUH PASAL 'GATED COMMUNITY'

Di ketika kita sibuk buat persediaan mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri, masyarakat di perumahan kami sibuk pula menggesa pemilik dan penduduk supaya menandatangani surat persetujuan untuk menjadikan kawasan perumahan ini kawasan berpagar.  Lepas tu bertalu-talu mereka yang mahukannya mendesak semua orang setuju.

Sana sini memang banyak kawasan sudah meletakkan penghadang, 'boom-gates' serta pengawal di permulaan jalan masuk ke rumah-rumah penduduk.  Tapi ramai juga yang tidak setuju.

Pertama sekali kerana tiada peruntukan untuk menukar kawasan ke perumahan berpagar.  Kemudian, bagi sesetengah orang seperti kami memang tidak setuju konsep ini.

Apa tidaknya.  Sekarang, nak pergi ziarah saudara dan kawan pun terpaksa menjawap macam-macam soalan dari pengawal yang bertugas.  Kemudian kena tinggal butir-butir peribadi pula.  Susah betul!

Bila ramai penduduk kawasan perumahan kakak pun sibuk mahu ikut membuat kawasan ini sebagai 'gated community' sebilangan pemilik/penduduk seperti abang dan kakak mendiamkan diri.  Tapi yang mahukannya tetap menesak.  Lepas satu notis, satu lagi dan berterusan lagi mereka menghantar notis dan minta tanda-tangani  setuju.

Kebetulan di jalan rumah kakak, majoriti tak setuju.  Hanya dua pemilik saja menghantar balik surat bersetuju.  Selebih sembilan pemilik lagi tidak berbuat demikian.

Sekarang mereka menghantar beberapa wakil berkali-kali untuk mendapatkan persetujuan juga.  Hasilnya tetap sama juga iaitu yang tidak setuju tidak memulangkan borang setuju.

Sama-sama berkeras nampaknya.  Kan dah menjadi kecuh pula!

15 ulasan:

  1. Salam Abang Keri.
    Memang pelik2.
    Belajar budaya paksa!

    BalasPadam
  2. Salam Keri.
    Nape la orang sampai gitu?

    BalasPadam
  3. Salam Keri.
    Ya la. Memang boring. Jenuh pusing2!

    BalasPadam
  4. Salam Keri.
    Betul. Buat haru.
    Nak jaga tu keselamatan adalah urusan polis.
    Kalau sekat semua jalan, menyusahkan namanya!

    BalasPadam
  5. Salam Keri.
    Kena bayar servis mahal pulak tu!

    BalasPadam
  6. Salam Keri.
    Jangan biar orang juga paksa kita!

    BalasPadam
  7. Salam Keri.
    Dah trend baru pula. Habis tutup jalan & menyusahkan orang.

    BalasPadam
  8. Salam Abang Keri.
    Pelik ya. Dah cantik lapang, dikepung sana sini pula!

    BalasPadam
  9. Salam Abang Keri.
    Salah dari segi undang2 tu!

    BalasPadam
  10. Salam Abang Keri.
    Belajar dari orang atas2 tu!

    BalasPadam
  11. Salam Keri.
    Anggota masyarakat terlalu fobia dengan jenayah pecah rumah! Jadi ambil langkah yang kurang menyenangkan seperti ni!

    BalasPadam
  12. Salam Keri.
    Lama2 jadi takut bayang2 sendiri!

    BalasPadam
  13. Salam semua.
    TQVM ya.
    Saya sudah berkunjung balas.

    BalasPadam