UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Khamis, 18 Februari 2010

"BILA LAGI?"

Sudah seminggu lebih hebuh dengan cerita kes rasuah berprofil tinggi ini.  Walaupun desas desusnya bermula sejak akhir tahun lalu, tetapi cerita menjadi betul-betul panas apabila identiti insan berprofil tinggi ini didedahkan.

Sebelum itu, ramai asyik berteka-teki saja.  Apabila mula dihebahkan insan berkenaan sebagai setiausaha politik kepada seorang menteri kanan dari negeri di utara, ramai sudah mengaitkannya dengan YB Tan Sri Mohd Nor Yakcop.  Akhirnya berita itu disahkan.

Pada 11 Februari lalu, SPRM menahan setiausaha politik berkenaan di Pulau Pinang kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.  Pada hari Isnin, pejabat Menteri berkenaan mengeluarkan kenyataan bahawa setiausaha politik berkenaan, Hasbie Satar,  sudah melepaskan jawatannya berkuatkuasa pada hari Ahad itu, tanpa menyatakan sebab perletakan jawatan berkenaan.

Hari ini pula kita mendengar berita beliau sudah pun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.  Mengikut berita disiarkan, SPRM dalam kenyataannya, berkata suspek berkenaan dibebaskan selepas percakapannya dirakamkan serta sebuah kenderaan dan sejumlah wang turut disita bagi membantu siasatan.

Benar sekali kita tidak boleh menghukum sebelum segalanya terbukti.  Saya pun tidak mahu menyentuh tentang kes berkenaan.

Saya cuma sekadar mahu mengatakan bahawa saya memang pernah berjumpa ramai sekali orang-orang yang berdampingan dengan Menteri-menteri dan mereka-mereka yang berkuasa.  Mereka itu dengan bangga mengatakan, "Rezeki dah terhidang, kalau tak diambil peluangnya bila lagi?"  Masyarakat sekeliling memang dapat melihat dengan nyata bahawa kebanyakan dari kalangan mereka ini kaya mendadak.

3 ulasan:

  1. assalammualaikum keri

    rezeki segera ni, hilangnya pun segera....

    * saya bercuti ke kuantan, bukan ke kedah...
    dah lama tak ke kedah

    BalasPadam
  2. Aslmkm KERI.
    Mmg benar tu. Ada beberapa orang yang Bid tahu tu .. mula kerja biasa macam Bid jer .. lepas jd pembantu khas & masuk golongan dgn atasan UMNO, terus dpt kontrak mcm2 .. sekarang rumah gadang!

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Ada mata pandang, ada telinga dengar, tp jgn terikut2. Kita kuatkan iman diri. Insya Allah, rezeki dari usaha titik peluh sendiri penuh barakah.

    BalasPadam