UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Ahad, 28 Februari 2010

SEMPAT JUGA MENJENGAH KE KAMPUNG

Memandangkan minggu ni pun cuti am bersambung dengan cuti hujung minggu, saya dan isteri mengambil kesempatan ini untuk balik ke kampung sekejap.  Sebelum fajar lagi kita orang dah bertolak.  Selepas tu singgah solat Subuh di kawasan rehat Tapah.

Alhamdulillah, trafik ok.  Tetapi kerana singgah minum dan makan dua kali di perjalanan, lima jam lebih jugalah baru sampai di Alor Star.  Tetapi sempat berehat jugalah sebelum pergi menunaikan solat Jumaat.

Semasa balik tu saya sempat juga ziarah kubur arwah ayah dan arwah isteri pertama serta juga berkunjung ke rumah saudara-mara terdekat.  Kira-kira makan percuma dan tidur 'free' la sepanjang masa balik ke kampung tu ...... hehehe.

Petang semalam saya dan isteri pergi juga membeli bekalan makanan di Pekan Rabu.  Sempat menjamu selera mee bandung di gerai saudara dan kawan lama lagi, pun percuma juga.  Hai, susah juga kerana kita bayar pun dia tak nak ambil.  Agaknya jika selalu balik dan pergi makan, baru la tak ada makanan percuma ni ... :)

Kebanyakan barang makanan yang dibeli ni sebenarnya adalah pesanan kakak.  Biasalah, kakak saya memang suka beli serunding daging lokal buatan Kelantan serta kuah rojak yang dijual di Pekan Rabu dan di gerai tertentu tu.  Tak lupa juga ialah beras pulut susu dan emping.

Sekali ni kakak saya siap suruh mencari buluh lemang dan daun palas lagi.  Tak cukup dengan tu, beliau suruh beli rebung kuning atau rebung hutan untuk buat kari bersama daging dan dimakan dengan roti surai.  Kata beliau nak adakan majlis makan petang (Hi-Tea) di rumahnya pada hasi Sabtu yang akan datang nanti.

Tadi pagi kita orang bertolak balik selepas Subuh.  Sekali saja singgah rehat dan makan di Sungai Perak.  Jadi awal jugalah sampai balik sini.  Ni dah boleh rehat dan relaks.

4 ulasan:

  1. Salam KERI.
    Wahhh .. bestnya dpt balik kampung dan makan free! Hehehe.

    BalasPadam
  2. Salam KERI.
    Mmg macam2 ada kat Pekan rabu tu kan? Saya suka makan sup dekat kedai sebelah mengadap ke bangunan bekas panggung wayang tu .. pun macam2 sup ada, paling best sup lidah campur perut .. wah dah terliur pulak ni!

    BalasPadam
  3. Aslmkm KERI.
    Seronok betul dpt balik kampung ya.
    Terima kasih kerana terus menyokong Pak Caq. PAk Caq ikut kembali ni :)

    BalasPadam
  4. Aslmkm KERI.
    Kak G jeles la ... seronok kan dpt meluangkan masa di kampung! Kak G pula jarang balik A/star sekarang.

    BalasPadam