UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Ahad, 7 Februari 2010

HANYA KERANA PUTUS CINTA


Sudah dua tiga hari saya duk nak kongsi cerita orang yang putus cinta ni. Entah kenapa, rasa nak ikut komen pulak. Mungkin juga kerana melihatkan betapa ramai anak muda sekarang begitu rapuh semangat mereka dalam menghadapi dugaan dan liku-liku kehidupan ini.

Beberapa hari lepas, ada cerita tentang seorang lelaki berusia lewat 20-an bertindak nekad cuba membunuh diri dengan meminum sebotol ubat kurap di rumahnya, di Kampung Cheras Baru, di sini, gara-gara putus cinta. Mengikut cerita, lelaki berkenaan telah hilang pertimbangan sebaik kekasihnya itu enggan meneruskan percintaan mereka yang terjalin sejak dua tahun lalu. Katanya dia begitu kecewa kerana dia sudah pun berbincang dengan keluarganya untuk meminang gadis berkenaan. Tiba-tiba saja kekasihnya pula menarik diri dan terus tidak mahu ada hubungan dengannya lagi tanpa memberi apa-apa alasan.

Ini hanya salah satu tindakan cubaan membunuh diri yang dilakukan oleh mereka yang kecewa kerana putus cinta. Bermacam-macam rupa tindakan yang tidak wajar lagi kita dengar. Ada yang cuba bunuh diri dengan terjun dari bangunan, menikam diri sendiri, dan berlari ke arah kenderaan yang memandu laju di jalan raya. Tak kurang juga cerita mereka yang merasa kecewa itu terus bertindak ganas untuk mencederakan 'kekasih' mereka pulak.

Saya rasa tindakan mereka seperti ini adalah sesuatu trend yang tidak sihat. Jiwa mereka begitu rapuh. Hanya kerana putus cinta mereka memilih jalan untuk mengorbankan jiwa. Walhal jelas sekali putus cinta itu bukanlah titik noktah kepada kehidupan.

Pihak berwajip mesti mengambil perhatian tentang perkembangan yang tidak sihat begini. Mungkin rangka dan isi modul pelajaran kita perlu dikaji semula untuk menghasilkan satu dasar yang lebih menyeluruh dan mantap dalam membentuk semangat kental dan jitu.

3 ulasan:

  1. aduii
    minum ubat kurap????
    banyak sangat dengar lagu2 sedih pun punca tak boleh kawal perasaan sedih ni...

    BalasPadam
  2. Aslmkm KERI.
    Ikut hati kan mati! Ikut perasaan, tu tak keruan .. hehehe.

    BalasPadam
  3. Itulah manusia yang bercinta tidak bertunjangkan cinta Allah. Sepatutnya, manusia berkasih-kasihan kerana Allah, bukan kerana nafsu semata-mata.

    BalasPadam