UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Isnin, 8 Mac 2010

AMALAN MEMBACA AYATUL KURSI

Sebelum Maghrib tadi, seorang anak jiran yang berumur sekitar lima tahun terjatuh di longkang tepi pagar dan menjerit seperti histeria.  Saya dan jiran tak tahu nak berbuat apa.  Kami baca beberapa Ayat-ayat Al Quran, tetapi anak jiran saya terus meronta dan menjerit-jerit.

Nasib baik juga ada seorang jiran lain yang mempunyai ilmu pengetahuan agama yang baik lalu untuk pergi ke Masjid.  Beliau meminta garam dan lada.  Kemudian beliau membaca beberapa Ayat Al Quran sambil memegang kepala dan kaki kanak-kanak berkenaan.  Selepas lebih kurang lima belas minit, anak jiran tu pun pulih.  Jiran yang memulihnya terus menabur garam dan lada di sekitar halaman serta juga di atas bumbung rumah.

Kami diberitahu bahawa pokok besar di seberang jalan berhadapan rumah jiran saya itu sekarang diduduki oleh makhluk halus.  Rupanya sebelum peristiwa jatuh longkang itu, anak jiran saya bermain dengan pembantu rumah di bawah pokok berkenaan.  Kata jiran yang memulihkannya, mungkin lebih baik jika kami berusaha meminta ulama datang memulihkan tempat berkenaan, kerana makhluk halus yang dikatakan olehnya telah menetap di situ.

Seram dan ketakutan dibuatnya.  Walaupun begitu kami sekelian diberitahu jika kita menunjukkan kita takut dan lemah, kita akan sentiasa mudah diganggu.  Kami dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan bacaan Ayatul Kursi, terutama sekali selepas solat dan juga setiap kali kami berada di kawasan berdekatan dengan pokok berkenaan.

Saya teringat pesan kakak saya untuk sentiasa amalkan membaca Ayatul Kursi ini supaya sebati dengan diri.  Katanya Ayatul Kursi  merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas.  Tambahnya lagi, kita  perlu membaca Ayat ini untuk mendapat keredhaan serta perlindungan Allah SWT dari segala kejahatan manusia, jin dan syaitan.

Oleh kerana saya nak menceritakan peristiwa ini, sekejap tadi, saya google mencari Ayatul Kursi ini.  Di bawah adalah Ayatul Kursi yang agak baik dan jelas.
بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم


Maksud dan pengertian:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Tiada Dia mengantuk, Tiada pula tidur. BagiNya segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada satu apa pun yang mampu memberi syafaat (pertolongan) kecuali dengan izinNya. Yang Mengetahui segala yang ada di hadapan dan apa yang ada di belakang mereka; Tiada mereka mengetahui sesuatu pun akan ilmuNya melainkan atas kehendak izinNya. Luasnya Kursi Allah (ilmu dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya; dan Dialah Yang Maha Tinggi serta Maha Besar kekuasaanNya.
Sama-samalah kita cuba melatihkan diri untuk sentiasa membaca Ayatul Kursi ini.  Semoga kita sentiasa dipelihara dan dilindungi.

5 ulasan:

  1. Aslmkm KERI.
    Betul tu. Dulu kat depan rumah datuk Bid ada pokok besar di atas busut .. siapa lalu sana selalu kena usik, terutama waktu senja. Siapa kat rumah datuk pun selalu sakit, waktu tengah malam menjerit-jerit ketakutan.
    Selepas dipulihkan, keluar macam asap berkepul .. semua pun takut. Tp sekarang, alhamdulillah dah OK.

    BalasPadam
  2. Salam perkenalan.
    Paparan & saranan yang bagus. Harus diambil iktibar.

    BalasPadam
  3. Kepada BID:
    Wkmsalam BID.
    Cerita BID lg menyeramkan ni!

    Kepada Zizaq:
    Salam perkenalan juga. Terima kasih kerana mengikut saya.

    BalasPadam
  4. Aslmkm KERI.
    Ya tu, mereka pun makhluk Allah juga ... amalkan segala suruhan Allah & terus saja membaca Ayatul Kursi tu serta Al Quran. Insya Allah, kita sentiasa akan dipelihara dari segala gangguan: manusia, jin, iblis & syaitan.

    BalasPadam
  5. Kepada Kak G:
    Benar kata Kak G, sejak malam tu, saya dah mula amalkan membaca Ayatul Kursi setiap lepas sembahyang Subuh, Magrib & Isyak. Zohor & A'sar biasanya tak sempat kerana kerja & nak cepat.

    BalasPadam