UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Ahad, 28 Mac 2010

KESEORANGAN DI HARI MINGGU


Sepatutnya di hari-hari minggu seperti ini kita ada banyak acara kekeluargaan dan kenduri.  Malangnya saya keseorangan pulak.

Pagi semalam isteri saya balik ke kampung kerana ayahnya sedang sakit.  Saya pula tak dapat ikut balik bersama kerana di minggu baru ini ada banyak komitmen kerja.  Mahu tak mahu, terpaksalah duduk berkeseorangan di rumah.  Jika keadaan ayah mertua memberat, paling awal saya hanya dapat ikut balik ke kampung pada hari Rabu yang akan datang ini.

Jadi hari ini dan beberapa hari lagi nanti terpaksalah juga  makan di mana-mana gerai atau restoran mamak.  Awal pagi tadi dah pergi pekena roti telur dan nasi lemak bungkus di restoran mamak yang berhampiran dengan rumah.

Sekejap tadi kakak angkat saya telefon suruh datang makan di rumahnya saja selama isteri balik ke kampung.  Insya Allah, hari ini terjimatlah belanja .. hehe.  Tetapi di hari kerja tentulah susah kerana rumah kakak agak jauh juga.


5 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Kasihan! Takpe jugak la, tu dah ada kakak angkat yg ajak beramai ke rumahnya .. pergi je .. nnti tak la berkeseorangan lagi!

    BalasPadam
  2. assalammualaikum

    sesekali keseorangan, boleh merenung diri

    BalasPadam
  3. Salam.
    Tak apa tu, sesekali berkorban!

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Tiap sesuatu ada hikmahnya tersendiri ... setidak2nya boleh bermahasabah diri atau jinakkan diri dgn amalan2 murni.

    BalasPadam
  5. Aslmkm.
    Keseorangan kekadang akan memberi ketenangan. :)

    BalasPadam