UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Rabu, 31 Mac 2010

MALU RASANYA TAPI ......

Siang tadi semasa saya sedang di dalam perjalanan untuk membuat penghantaran bekalan, tayar kereta saya pancet.  Nasib baik juga, dah tak berapa jauh dari destinasi.  Ada juga sebuah parkir bersebelahan.  Cuma ianya adalah parkir yang jauh sedikit iaitu lebih 1 blok dari tempat penghantaran.

Walaubagaimanapun saya sudah tak ada pilihan kerana jika pergi jauh lagi takut akan merosakkan rim tayar pula.  Saya gagahi juga membawa kereta perlahan-perlahan masuk ke dalam parkir berkenaan.

Terkial-kial saya dan pembantu kerana kereta sarat dengan barang bekalan.  Kalau sedakar menurun sedikit barang saja, tentu susah nak jakkan kereta untuk tujuan menukar tayar tu.  Tambahan pula tayar ganti ada dibawah sekali.  Nak diturunkan semuanya, tempat parkir itu tak sesuai kerana kotor dengan pasir dan debu.

Saya menelefon kakak angkat saya.  Kebetulan beliau pun ada urusan di pejabat yang tidak berapa jauh dari tempat saya berada.  Tetapi beliau perlu menyelesaikan urusannya dahulu.  Hampir sejam selepas itu baru beliau datang.

Apabila beliau datang, pertama sekali beliau komen kenapa tidak buat penghantaran sementara menunggu pertolongan.  Bila saya katakan tempatnya di blok yang satu lagi, kata beliau, "..... menunggu di dalam kereta dalam cuaca panas pun meletihkan juga.  Lebih baik berjalan jauh sedikit bekerja daripada letih membuang masa."

Berdesing juga telinga, tapi saya diamkan saja.  Kemudian pembantu mengangkat barang untuk dimasukkan ke dalam kereta kakak saya.

"Kenapa buat kerja dua kali?  Letakkan barang-barang itu di atas troli dan terus pergi hantar dulu," kata kakak yang seperti perintah.  Kita akur dengan mengeluarkan kedua-dua troli dan meletakkan barang-barang seagak muat di atasnya.

Selepas dah diletakkan ke dalam kedua-dua troli, barang yang tinggal di dalam kereta sudah tak berapa banyak lagi.  Bakinya adalah sekitar lebih sedikit dari satu troli.  Sudah mudah nak dijakkan untuk menukar tayar.  Tetapi oleh kerana tayar ada dibawah sekali, terpaksa angkat semua juga.  Kakak suruh letakkan saja selebih barangan di atas troli juga.

Malangnya, saya dan pembantu terkial-kial juga nak menaikkan jak itu.  Selama ini pun saya tak pernah menukar tayar sendiri.  Nasib baik juga kakak angkat saya pandai.  Nampak mudah saja, kerana kakak tahu caranya yang betul.  Tetapi beliau cuma mengarahkan supaya melakukan mengikut cara yang betul .. hehe.

Saya rasa malu dengan kakak kerana beliau nampak bijak menangani masaalah ini.  Tetapi, saya telan juga rasa malu itu.  Saya sedapkan hati dengan mengatakan sendiri, 'beliau berkelulusan tinggi!'  Namun kenyataannya, saya tadi gelabah dan mudah menyerah.  Semoga ini menjadi pelajaran yang baik untuk diri saya.

6 ulasan:

  1. salam.

    bukan xtau tp mungkin sbb gabra ditimpa masalah. perkara ni sering terjadi kepada mahluk yang bernama manusia.

    sbb itu kita digalakkan bertenang dan berfikir secara waras, bagi mendapatkan idea yg terbaik. bukan nak tunjuk pandai, jauh sekali nak memandai2. sekadar nak mencatat ulasan. hehehe

    wassalam

    BalasPadam
  2. Salam KERI.
    :) Tak apalah kerana anda sendiri pun dah tahu tentang kelemahan diri. Jadi cubalah sebaik-baiknya utk mengatasi segala kelemahan & juga berusaha memperbaiki diri.

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Hehe .. tak apa la .. lain kali dah tahu mcm mana nak buat kan?

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    :) Kakak tu kan lebih tua & byk pengalaman selain drpd berkelulusan tinggi ... jd byk perkara yg beliau telah pelajari sepanjang hidupnya.
    Bagus la KERI pun sedar juga ... ambil secara positif!

    BalasPadam
  5. Salam.
    Sekurang-kurangnya itu satu pelajaran juga :)

    BalasPadam
  6. Aslmkm.
    Terimalah sbg satu pengajaran & pelajaran yg baik.

    BalasPadam